Hari ini, genaplah usia masihiku 21 tahun. Hari kelahiran, 21 tahun dahulu, ibuku telah selamat mengeluarkan aku ke alam dunia yg penuh cabaran ini melalui pembedahan.
Nampak angkanya seakan makin bertambah. Tapi, kenapa tidak ku rasa kematangan diriku seperti angka itu. Walhal, jika kakakku dulu menjejaki umur 21, aku sudah memandangnya sebagai 'oh tuanya a.k.a matang'. Hurm.. musykil... musykil...
Terima kasih tak terhingga pada sahabat2 yang tidak melupakan hari lahirku, dan mendoakan perkara yang baik2.. semoga segalanya termakbul. Jazakumullahu khairan kathira... ;)
Usia 21.. apa maknanya? Kawan2 local sebelum ini bertanya, tak ada partikah untuk menyambut kedatanganku ke alam '21'? Entah apa significantnya.. Sudah boleh membuat keputusan sendiri? Berdikari? Hurm, entahlah.. rasanya saya masih meminta izin dari mama dan baba. Selagimana hidup dibawah jagaan mereka.
Umur 21.. setiap detik yang ku lalui sehinggalah kepada usia ini dengan izinNya, entah berapa banyak kitab dosa yang telah tercatit kerana perbuatanku. Astaghfirullah. Sempatkah aku menebus kembali dosa2 yang dipertanggungjawabkan ke atas bahuku sebelum melangkah ke alam seterusnya? Ya Allah..byknya dosa. Moga keampunan Allah itu ku capai.
Panjang umur bukanlah sesuatu nikmat, kecuali dengan keberkatan Allah. Hidup di bawah lembayung keredhaanNya.
Moga seluruh hidup diberkati Allah, biarpun singkat mahupun panjang. Sejengkal ia menjauh, selangkah ia menghampiri.
Selamat Hari Lahir kepada sahabat2 yang turut menyambut kelahirannya pada hari ini.
-- Hanim 5USL Naimian '05.
Friday, October 2, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

1 comment:
Selamat Hari Lahir...semoga terus dalam lindungannya. semoga usia yang bertambah lebih mematangkan diri kita:)
Post a Comment