Pasti ramai yang menghadapi perkara ini. "Cintaku tak terbalas". Sedih, hampa, kecewa. Tertanya2 di mana kesalahan diri. Tak keruan.
Maksud saya di sini, bukanlah 'cinta' itu, tapi cinta yang diredhai Allah antara 2 orang sahabat; a.k.a Ukhuwwah.
Kalau bukan anda yang menghadapinya, saya hadapi. Jadi, di sini saya telah menjumpakan sebuah artikel, yang bagi saya sangat mengena dan mengubat hati saya yang sedang lara (tak de la lara mana..saje jiwang). Bagi sesiapa yang sedang menghadapi perasaan seperti ini, saya harap anda temukan jawapan dan ubatnya.
Bagi saya, artikel ini boleh di'apply'kan dalam mana2 perhubungan kita. Asalkan di sana ada interaksi antara 2 manusia. Yang memberi dan berharap, mungkin ada yang membalas, dan mungkin pula ada yang tidak berperasaan...
Rasulullah bersabda: “Seorang mukmin yang bergaul dengan orang ramai serta bersabar dengan kesakitan akibat pergaulan dengan mereka itu, adalah lebih baik dari seorang mukmin yang tidak bergaul dengan orang ramai serta tidak bersabar atas kesakitan akibat pergaulan itu” (Riwayat At-Tirmizi)
Moga kita menjadi teman yang sejati, dan dikurniakan teman yang sejati juga. Insha Allah. Mari berusaha. Ganbate kudasai!
Enjoy..
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Di dalam kehidupan ini, kita suka diberi. Disuap adalah kebiasaan manusia. Tidak ramai manusia menggerakkan diri mereka untuk menyuap dan memberi. Sebab itu, lebih ramai manusia tidak mahu berusaha, tetapi hanya menunggu rezeki datang bergolek kepada diri mereka.
Begitu juga dalam persahabatan. Kita biasanya suka menerima. Atau, kita suka apa yang kita beri itu, dibalas semula. Jika tiada timbal balik, maka kita tidak akan bersemangat meneruskannya. Ramai orang menghadapi situasi ini. Akhirnya mereka akan tertanya-tanya”
“Saya dah buat baik pada kawan saya, tetapi dia buat macam tak tahu je kehadiran saya”
“Saya ada sahabat, tetapi dia tak sayang saya”
“Saya dah hargai dia, tapi dia tak pernah pun hargai saya”
Sebenarnya, hidup ni tak seindah teori. Tidak juga macam drama-drama atau kisah indah di dalam novel. Walaupun sebenarnya, teori itu tidak mustahil direalitikan, dan kisah indah di dalam novel dan drama tak mustahil dibumikan.
Namun kita berhadapan dengan manusia. Manusia ada pelbagai ragam. Apa-apa sahaja boleh terjadi. Justeru, dari mengharap sesuatu yang tidak pasti, lebih baik mempersiapkan diri untuk berhadapan dengan pahitnya realiti.
Jadilah sahabat kepada orang lain, dan jangan sesekali kita tuntut orang lain menjadi sahabat kita.
Berhadapan realiti
Kita sukakan kehangatan ukhuwwah. Kita suka baca kisah dua sahabat yang kukuh ukhuwwahnya. Kita juga suka mereka cerita akan dua sahabat yang berpanjangan kasih sayangnya. Saling cinta mencintai, lengkap melengkapi.
Jangan salahkan cerita-cerita itu. Pada saya, cerita-cerita sedemikian perlu wujud dalam hidup kita.
Kita sepatutnya merealitikan cerita-cerita itu dalam kehidupan kita. Cuma realiti hari ini, perkara sedemikian hampir tiada.
Kenapa?
Kerana bukan semua orang yang faham berkenaan ukhuwwah. Ya, kita sayang sahabat kita. Tetapi, apakah sahabat kita itu faham makna ukhuwwah macam kita faham?
Kalau kita faham bahawa ukhuwwah tertinggi adalah itsar(melebihkan sahabat daripada diri sendiri) dan ukhuwwah terendah adalah berlapang dada, apakah sahabat kita faham perkara yang sama?
Kalau sahabat kita faham, apakah dia kuat untuk menggerakkan kefahamannya di dalam amalan?
Itu sebenarnya, cabaran kita sebagai manusia yang hidup di alam realiti, bukan di dalam novel dan drama.
Jangan lepaskan teori itu
Namun ini tidak bermakna, saya menyuruh anda melepaskan ukhuwwah anda. Cuma saya hendak membawa anda melihat satu sisi baru.
Dari kita mendambakan balasan sahabat kita, saya senang agar kita melupakan balasan daripada sahabat kita. Ya, jangan harapkan daripada sahabat kita apa-apa.
Dengan ini, anda tidak melepaskan teori-teori ukhuwwah.
Hakikatnya, teori ukhuwwah bukan terletak kepada dua hala. Kau bagi, dia balas. Dia baik, kau baik. Tidak. Sebenarnya, teori ukhuwwah tersimpan dalam satu individu tanpa menuntut individu lain membalasnya.
Ukhuwwah dibina atas dasar keimanan. Dan dari keimanan berbuahnya keikhlasan.
Keikhlasan ini membuatkan kita bergerak mengasihi sahabat kita tanpa mendambakan balasan apa-apa.
Jangan lepaskan teori ukhuwwah. Anda adalah manusia yang bertanggungjawab membumikannya.
Anda. Cakap perkara ini dalam diri anda. Jangan tuding perkara ini pada sahabat anda.
Susah
Memang susah. Siapa cakap senang, bohong la. Tapi inilah dia ukhuwwah.
Tahu apa yang membuatkan ukhuwwah itu indah?
Pengorbanan.
Tanpa pengorbanan, kita tidak namakan hubungan itu satu ukhuwwah.
Ya, kita perlu korbankan masa kita untuk sahabat kita. Kita korbankan ruang jiwa kita untuk sahabat kita. Kita korbankan harta kita untuk sahabat kita. Kita korban apa sahaja. Semuanya untuk ukhuwwah kita.
Itu yang membina ukhuwwah. Dan pengorbanan kita mestilah berdiri atas keimanan dan keikhlasan, tidak terkeluar dari batas dua perkara itu.
Namun pengorbanan, inilah yang membuatkan manusia sukar merealitikan ukhuwwah. Berkorban tanpa mendapat apa-apa balasan?
Mesti ada yang berfikir 10 kali akan perkara itu.
Namun siapakah anda untuk mengubah hati orang lain agar mengira kasih sayang anda kepadanya?
Nak baca lagi? Bersambung... kat sini
Jzkk kpd sahabat yang memperkenalkan website ini. Moga makin kaya dengan 'MLM' ini, Insha Allah.
Barakallahulakum.


No comments:
Post a Comment