This morning.... I wrote at my YM status, (if anyone realised..it's okay, i know i'm 'invisible'. huhu):
who i am now is where the road of life has taken me to, all of His wills.. SubahanAllah walhamdulillah. [[Ya Rab, berikan kesihatan yg baik kpd ibuku. Allahumma aghfirlaha..]]
Suddenly I feel so blessed. For who HE has make me into. SubahanAllah. All the 'troubles', all the anxieties I've gone through, it has brought me to who I am now. Maybe to someone, I could say, more matured? Hope so! Don't know who would testify me bout that.
Oh, suddenly remembered, I have a draft on 'maturity' that I wrote days before. But did not manage to finish as my mood was disrupted that day. But certainly will post it now... :) [[It's gonna be a very long post!]]
From before:
------------------------------------------------------
Matang?
Macam mana kita nak tahu diri kita matang ke tak?
Umur dah 21tahun, tapi, kurang rasa kematangan tu. Lagi2 kalau ada dengan famili, lagilah rasa tak matangnya.. Kenapa saya rasa saya tak matang? Sebab, saya akan ter'manja' dengan keluarga saya. Bukanlah merengek, tapi, entah..adalah. Rasa kebergantungan, rasa ada perasaan 'mengada'. Tapi, bila berada jauh dari keluarga saya akan menjadi saya yang lain. Saya lebih berdikari, buat kerja rumah, buat itu ini tanpa bantuan atau disuruh. Itu matang bagi saya, pada diri saya.
Matang yang lebih 'complicated' pada perspektif saya ialah bila seseorang itu dapat berfikir dan perbuatannya tak 'childish' or main2. Serius.
Hue.. Macam tu, sampai bila pun saya tak matang. Sebab saya, jarang serius. Kecuali dalam situasi professional. eg, OSCE (kalau dalam praktis, jangan harap nak serius), persembahan, program dsb.
But anyway, back to the topic... apa sebenarnya kayu ukur kepada kematangan tu? Umur? Perangai? Congnitive? Comprehension? Ilmu? Status dalam adik beradik?
Entahlah.. dah lama saya fikirkan. Kadang terasa saya sudah matang, kadang terasa belum cukup. Nak dibanding dengan kakak, saya rasa dia lebih matang semasa umurnya seperti saya sekarang.
Dan sungguh, saya terasa amat kagum bila seseorang mampu berfikir secara matang. Mampu menyelesaikan masalah dengan rasional dan professional. Mampu mengeluarkan buah fikiran yang, fuh..power! Bukan calang2.
Ini apa yang saya dapat dari website langitilahi. To be true, saya sangat kagum bagaimana dia mampu menghasilkan penulisan seperti ini. Mampu memberikan pendapat yang matang.
Bilalah saya akan matang? '-_-
Definisi matang
Saya kata bahawa, manusia matang adalah manusia yang mampu mengaitkan kehidupannya, dengan akhiratnya.
Sesiapa yang tidak mampu, maka dia bukan matang dalam erti kata sebenarnya. Walaupun dia Pensyarah di Universiti, walaupun dia ketua di sebuah negeri.
Saya tidak mengambil matang dengan definisi Kamus Dewan. Saya pun tak mahu kata matang itu bila akil baligh. Saya lagi la takkan kata, matang tu adalah apabila ada keinginan seks. Tapi pada saya, matang adalah apabila seorang manusia itu mampu mengaitkan kehidupannya, dengan akhiratnya.
Kenapa sebegitu takrifnya?
Mudah. Pada saya, orang yang mengaitkan kehidupannya dengan akhiratnya, maka dia tidak akan mensia-siakan kehidupannya di dunia ini. Kerana dia yakin, dia akan pulang dan berdiri di hadapan Allah SWT, membawa seluruh kehidupannya untuk dihitung.
Justeru, manusia sebegini akan lebih serius dalam kehidupannya, bersungguh-sungguh dalam amal pekerjaannya. Hal ini kerana, dunia adalah ladang kepada akhirat kita. Maka kita akan berusaha menyemai benih-benih yang baik sahaja, jika kita faham bahawa kita hendak menuai sesuatu yang baik di sana.
Manusia yang faham begini, kalau dia tersilap di atas dunia ini, melakukan kesalahan, berbuat dosa, tergelincir dalam maksiat, maka dia akan bersegera untuk bergerak pulang ke jalan yang sebenar. Kerana dia faham, dia akan kembali kepada siapa.
Dari kefahaman inilah, akan munculnya segala kekuatan, keseriusan untuk hidup, dan kesungguhan dalam pekerjaan.
Matang biasanya kita kaitkan dengan kedewasaan serta cara berfikir. Maka tidakkan kita memerhatikan bahawa, manusia yang nampak akan kaitan hidupnya dengan akhirat, maka dia secara tidak langsung dewasa, dan tidak bermain-main dengan kehidupannya?
Matang dan umur
Orang kata, kalau tak habis belajar, tak boleh kahwin. Kenapa? Sebab umur kecil lagi, belajar tak habis lagi, tak matang.
Pendapat saya, kematangan tidak diukur dengan umur, atau tahap pengajian. Matang diukur dengan kedewasaan pemikiran dan keseriusan dalam tindakan. Bagi orang yang benar-benar matang, dia akan berfikir berkenaan perkahwinan, lebih dari sekadar cintanya kepada orang yang dia cinta.
Dia akan fikir persediaannya untuk menjadi suami yang baik, persediaannya hendak menyara keluarga, persediaannya untuk menjadi bapa yang baik, persediaannya untuk membina keluarganya ke arah yang baik, seterusnya persediaannya untuk membawa keluarganya menembusi akhirat dengan baik. Inilah kematangan. Bukan sekadar kahwin kerana syok-syok, suka sama suka, cinta sama cinta.
Justeru, untuk yang mencapai tahap kematangan ini, apa salahnya dia hendak berkahwin awal? Mungkin sukar untuk dijelaskan dalam artikel yang pendek ini, kerana mentaliti kita hari ini mengaitkan kematangan dengan umur. Namun pada saya, anak kecil berumur 12 tahun pun boleh menjadi matang. Semuanya apabila dia berjaya mengaitkan kehidupannya di dunia, dengan akhiratnya.
Orang yang mengaitkan kehidupannya dengan akhirat, dia akan serius, berhat-hati, berfikir panjang, dan amat menjaga diri. Dia akan belajar membuat perancangan, dan berusaha untuk melakukan kalkulasi dirinya dengan tepat. Dia akan berkira dengan kehidupannya, kerana dia tahu bahawa kehidupannya akan dikira oleh Allah SWT di akhirat sana.
Atas dasar ini, saya menyatakan bahawa, umur bukan penentu kematangan. Penentu kematangan adalah kefahaman. Apabila manusia berjaya mencapai kefahaman ini, barulah dia dikira sebagai matang dalam erti kata sebenar.
Contoh kematangan terdahulu
Saya suka menunjuk kepada seorang manusia dalam sejarah dunia, yang pada saya menjadi contoh kematangan yang sebenar.
Usamah bin Zaid RA. Kenalkah anda akan dia?
Dia menjadi jeneral tentera Islam, dalam ekspedisi menewaskan Rom, seawal usianya 18 tahun. Dia menjatuhkan Rom pada umurnya 19 tahun. Di belakangnya ada sahabat-sahabat besar seperti Saad bin Abi Waqqas, dan sebagainya.
Bagaimana Usamah bin Zaid RA ini boleh diangkat menjadi jeneral pada usia sedemikian? Kerana kematangannya ketika itu, setara dengan sesiapa sahaja orang tua dan besar yang menjadi tenteranya ketika itu.
Pastinya, Rasulullah SAW tidak akan memilih orang yang bukan-bukan dalam ekspidisi menumbangkan Rom. Menjadi jeneral bukan mudah. Menggepalai jumlah manusia yang ramai bukan mudah. Menewaskan Rom yang hebat ketika itu bukan mudah. Jeneral perlu tenang, sabar, punya otak yang bergeliga, mampu mengeluarkan strategi yang mantap, perlu tabah dan cekal. Dan pada umur 18 tahun, Usamah bin Zaid ini, telah mempunyai semua itu, sehingga dia diangkat menjadi jeneral.
Kita hari ini? Umur 18, sibuk dengan perempuan seksi, lelaki romantik. Belajar pun tak sungguh-sungguh, masa hadapan pun tak fikir, cita-cita pun tak ada. Hanya tahu seronok, seronok dan seronok sahaja.
Apa yang membuatkan Usamah bin Zaid sematang itu? Kerana kefahamannya bahawa hidup ini hanya untuk Allah, dan di akhirat nanti kehidupannya akan dikira. Kerana itulah intipati madrasah Rasulullah SAW sampaikan, dan terserap pula dalam hidupnya.
Penutup: Maka capailah dengan kematangan yang sebenar
Kita perlu matang. Matang dalam erti kata sebenar. Allah SWT amat suka, remaja yang meninggalkan kenakalan remajanya.
Bukan tidak boleh bercanda, bergurau senda. Namun semua itu kita letakkan di dalam lingkungan kematangan kita. Tidak berlebihan, tidak merosakkan hati, tidak menghancurkan persediaan kita ke akhirat. Biar matang,matang sehingga dihormati, disegani. Sampai akan ada orang kata: Ana ingat enta ni umur 30, baru 19 rupanya. Bukan kerana muka tua, tetapi kerana kedewasaan pemikiran kita.
Hendak capai bagaimana kematangan seperti ini?
Dengan memahami kaitan akhirat dengan kehidupan kita ini.
Mari sama-sama, kita ubah mentaliti kita, bergerak mencapai kematangan.
Ketahuilah bahawa, dunia ini tidak akan berubah, bangsa kita tidak akan meningkat, dan Islam itu tidak akan tersebar, dengan manusia-manusia yang tidak mempunyai matlamat, dan tidak memahami makna kehidupan. Hanya yang matang sahaja, mempunyai matlamat dan memahami kehidupan dalam erti kata sebenarnya.
-------------------------------------------
Moga saya menjadi matang dalam kata erti yang sebenar. Lebih matang dalam menyayangi diri. Lebih matang dalam menyayangi Allah dan kebenaran.
Okay, back to endocrinology... Maattaufiq wannajah semua!
Doakan mak saya diberi kesihatan yang baik dan tabah......saya sayang Mama!

No comments:
Post a Comment