Thursday, October 29, 2009

Makan asam garam lebih

Semalam sempat menelipon Tok (Wan Zainuyah),  berehat sebentar.
bertanyakan khabar kesihatannya. Risau Tok tak puasa 2 minggu dah, sebab kesihatannya tak mengizinkan, kena makan ubat. Masha' Allah. Iman yang tak puasa sebulan pun tak rasa apa2. Isk, terpukul. Banyak sangat nazar katanya. SubhanAllah. Mmg Tok ni orang yang menunaikan nazarnya. Ciri2 seorang mukmin yang falah, dalam surah Al-Insan..
Moga Allah kurniakan kesihatan yang baik kepada Tok untuk terus beramal.

Sebelum menamatkan perbualan, saya sempat meminta doa dari Tok, minta doa untuk saya di sini.
Selalunya bila saya pesan macam tu, Tok pasti akan jawab, "Tok memang selalu doakan untuk anak cucu supaya dapat yang terbaik".
Tapi semalam, ada tambahan, Tok berpesan,
"Iman jaga diri baik2. Tok sakit kat sini tak apa, kat tempat Tok sendiri. Awak tu kat tempat orang lain kena jaga diri, jaga maruah, jaga nama keluarga kita.
Kalau kita niat kerana benda baik, Insha Allah dapat benda baik..." (Wah, I should've note it down, dah lupa. dush..)

Anyway, I was very touched. Bagaimana seorang nenek, yang 24/7 duduk di rumah (well, kdg2 pergi pasar), di dalam dapur, boleh memberikan nasihat yang sangat berkesan begitu. Memang kagum dengan nenekku.
Pernah sekali Tok menasihati Mak Dah, "kalau tak ada orang yang jahat macam tu, takkan Allah nak buat Syurga dan Neraka. Macam tu semua orang masuk Syurgalah. Sabarlah.".
Lalu kakak iparku berkata, "Wah, tgk Tok tu. Tak pergi usrah pun boleh bagi nasihat macam tu. Cayalah".
(alamak..ni semua ingatanku yang ada. lain sikit dari perbualan asal.)

Bukankah menjaga maruah itu sebahagian dari Iman? Malu, al-hayaa'. Dengan malu, akan terjagalah maruah seorang wanita. (dan lain2..tak pergi jalan sorang2. o'o! that i lack.)

Nak cerita pasal kekaguman saya pada Tok? Oh, banyak...
Briefly...
Tok akan selalu bangun awal pagi, dan menunaikan Qiam. Kemudian membaca Al-Quran sementara menanti Subuh.
Seusai Subuh, dia akan masuk dapur, atau hidai baju dsb (buat kerja rumah).
Maghribnya, dia akan menunaikan seberapa banyak rakaat solat sunat yang termampu antara Maghrib dan Isya' (lupalah nama solat sunat tu. another dush!!)
Kemahiran kendirinya? Usah ditanya, banyak sangat; Pandai mengait, pandai memasak dsb. Kreatif dan inovatif.
Waaah, bila entah cucunya nak mewarisi segala kemahirannya tu.

Malulah saya!! Saya yang pergi mencari tarbiyah untuk meningkatkan iman saya tapi masih tak meningkat, walhal Tok yang hanya tinggal di rumah lebih kuat amalnya (moga diterima Insha Allah). Astaghfirullah.
Mungkin kerana dia makan asam dan garam lebih. Atau, dia mendapat kekuatan dari segala amalannya, terutama qiam. Masha' Allah...
Moga segala amalan anak cucunya sampai kepadanya, insha Allah.

Sangat sayang Tok. Sesiapa yang sayang dan hormat dia, insha Allah, dia akan manjakan. Biarpun anda baru di dalam keluarga. Tak pernah rasa Tok pilih kasih, kerana dia sayang semua cucunya.

Itulah Tok saya.
Nak berjumpa dengannya? Di alamat..... hee, joking, tak ingat alamat >__<.
Tapi, kat kg Kurnia, blkg Sin Kee Hong, Batu 3, Kuantan. ;p

Allahua'lam.

No comments: