Wednesday, October 7, 2009

2 minggu 2 hari

Alhamdulillah... Selamat pulang ke Melbourne semalam.
Bertolak ke LCCT dari rumah Wan pukul 9.30 pagi. Setelah sampai, check in. Mama lambatkan flightnya ke KB. Risau anak daranya yang seorang ni pergi merayau macam hari yang dia hilang hpnya (pergi KLCC sorang2 ;p). Oh well, typical Iman. Mama dah cukup memahami. Hehe. Cuma baiknya masa tu fikiran tengah waras. Jangan tak terkejut, kalau masa tak waras, memang orang lain pun akan naik tak waras... Huhu.

Masa kapal terbang berangkat terbang, tiba-tiba entah kenapa dalam fikiran ni terfikir pasal kemalangan kapal terbang. Terhempas? Mati? Tiba-tiba takut teramat. Katakan Allah ambil nyawa ketika itu, macam agaknya keadaan diri bertemu dengan Pencipta? Astaghfirullah.. Terus ingatan kepada mati kembali. Setelah entah berapa lama tak muhasabah tentang mati, sampai hampir-hampir lupa bahawa diri ini akan mati. Fikir, segala perancangan untuk masa depan tak semestinya tercapai. Takut... Tak tahu macam mana nak 'describe'kan. Cubalah sendiri.
Bawak2lah ingat mati....

Alhamdulillah, pukul 2 pagi tadi selamat sampai ke rumah.
Hari ini penuh lecture the whole day sampai pukul 3 ptg... Haih, jangan haraplah nak jaga sampai habis. Haha. Yang awal dan yang akhir je jaga sepenuhnya.
Banyak nak kena catch-up. Moga Allah permudahkan. Tahu-tahu sajalah diri ini.. Moga Allah bantu dan merajinkan diri ini, insha Allah. Jiayou!!
Allah yassirli wa lakum ;) ameen.

1 comment:

HambaALLAH said...

salam..
byk cabarannyer waktuh hari tuh..take care ya iman..jgn hilang hp lagi..!!..:P..
seronok hari tuh...
uhibbuki fillah yg ukht..:)