Saturday, October 31, 2009

Istighfar...

Pernah sebelum ni saya katakan formula terbaru yang saya jumpa adalah;

BERIMAN + ISTIGHFAR = REZEKI

Mahukan kejayaan? Beristighfarlah...
Mahukan sesuatu kebaikan? Istighfarlah...

Sungguh, sebelum ni, saya mungkin pernah terserempak dengan ayat2 Allah tentang formula ni. Tapi, tak pernah perasan, tak pernah terkesan di hati saya formula ini.

Teringat dulu, semasa saya ada masalah, Mama akan menyuruh saya istighfar. Saya pun beristighfar. Terkadang, istighfar sambil lewa, kerana Mama suruh. Tak pernah terkesan di hati saya gunanya istighfar ini selain kerana saya berbuat kejahatan. Resah gelisah, Mama suruh istighfar. Terkadang rasa nak marah sebab bila saya mengadu je, Mama suruh istighfar.
Kini, barulah saya faham....

Ali Al-Qarni dalam Syarh Musnad Ahmad menyebutkan bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:
"Orang yang memperbanyak ISTIGHFAR,
maka Allah s.w.t. akan menjadikan...
kesedihannya kebahagiaan,
kesempitan menjadi kelonggaran
serta memberinya rezeki dari arah yang tak disangka-sangka.
(Diriwayatkan oleh Ahmad dan Hakim dari sahabat Ibn Abbas r.a.)
--- Copy paste from moontige09

Masha' Allah. SubhanAllah. Besar kesannya ghupenya.... 

Jom, peratikan surat cinta dari Allah.... Formula yang telah lama sedia ada dalam Al-Quran, cuma mata hati saja yang dibutakan... 
Bismillahi rrahmaani rrahim...
(mafhumnya..)
 
Taha, 20:124
Maksudnya, Allah berfirman:
"Dan barang siapa berpaling dari peringatanKu, maka sungguh, dia akan menjalani kehidupan yang sempit, dan Kami akan mengumpulaknnya pada hari Kiamat dalam keadaan buta," (sila baca sambungannya..best!)

Al-Maidah, 5:66
"Dan sekiranya sungguh-sungguh menjalankan (hukum) Taurat, Injil dan (Al-Quran) yang diturunkan kepada mereka dari Tuhannya, nescaya mereka akan mendapat makanan dari atas mereka dan dari bawah kaki mereka. Di antara mereka ada sekelompok yang jujur dan taat. Dan banyak di antara mereka sangat buruk apa yang mereka kerjakan."

Al-A'raf, 7:96
"Dan sekiranya penduduk negeri beriman dan bertakwa pasti Kami akan melimpahkan kepada mereka berkah dari langit dan bumi, tetapi ternyata mereka mendustakan (ayat-ayat Kami), maka Kami seksa mereka sesuai dengan apa yang telah mereka kerjakan".

Hud, 11:3
"dan hendaklah kamu memohon ampunan kepada Tuhanmu dan bertaubat kepadaNya, nescaya Dia akan memberi kenikmatan yang baik kepadamu sampai waktu yang telah ditentukan. Dan Dia akan memberikan kurniaNya kepada setiap orang yang berbuat baik. Dan jika kamu berpaling, maka sungguh, aku takut kamu akan ditimpa azab pada hari yang besar (Kiamat)".

Hud, 11:52
"Dan (Hud berkata), "Wahai kaumku! Mohonlah ampunan kepad Tuhanmu lalu bertaubatlah kepadaNya, nescaya Dia menurunkan hujan yang sangat deras, Dia akan menambahkan kekuatan di atas kekuatanmu, dan janganlah kamu berpaling menjadi orang yang berdosa."

Nuh, 71:10-12
"maka aku berkata (kepada mereka), "Mohonlah ampunan kepada Tuhanmu, sungguh, Dia Maha Pengampun.
Nescaya Dia akan menurunkan hujan yang lebat dari langit kepadamu,
dan Dia memperbanyak harta dan anak-anakmu, dan mengadakan kebun-kebun untukmu dan mengadakan sungai-sungai untukmu".

Nah..
Apalagi yang mahu kau ingkari?
Huee.. Mungkin anda akan berkata, 
"Alaa, orang kafir yang tak beriman tu pun kaya, lagi maju dari orang Islam". 
 
Jangan lupa, ISTIDRAJ, iaitu kesenangan yang Allah berikan yang hanya menambahkan kesesatan. (wa nauzubillahi min zalik...)
Tidak kaya dengan harta dan nikmat Dunia tidak bermakna Allah berlaku tidak adil, sebab... INGAT, alam kita bukan hanya Dunia, tapi juga akhirat. Dan akhirat itu lebih lama jangkanya dari Dunia. A.B.A.D.I.
Maka, jika bukan di Dunia, Insha Allah, Allah akan beri kurniaNya di Akhirat sana nanti. Sabar.. ;)
Ingat dan berhati-hati, jangan pernah ada su'udzon pada Allah. 
Ujian bukanlah tanda Allah tidak sayang pada kita, malah lebih sayangkan kita... Supaya kita sentiasa sedar dan ingat kepadaNya.

Jadi....
Jom kita banyakkan istighfar, mohon keampunan dariNya. Bukan semata kerana mahukan sesuatu, tapi niatkan mardhatillah... Mahukan keredhaan dan barakah Allah.
Kerana, dengan barakah Allahlah hidup kita akan tenang. Barakah Allahlah yang menjamin kebahagiaan kita, Dunia dan Akhirat. Insha Allah.

Astaghfirullah Al 'Azeem...
Barakallahu lakum ;)

No comments: