1) Hamba yang patuh dan taat pada tuannya. Bukan hanya itu, malah menghormati dan menyayangi tuannya.
- Orang2 yang benar beriman dan setiap perbuatan dalam hidupnya hanyalah untuk Allah. Melaksanakan ibadah2 khusus (solat, puasa, zakat dan haji) dengan penuh ruhiyah, sehingga seluruh hidupnya menjadi ibadah hanya kepada Allah.
2) Hamba yang pabila dikatakan oleh tuannya, "Di sana ada pencuri, pergi potong tangannya", dia hanya menyilang tangannya dan duduk di suatu tempat sambil berkata, "Ye ye, pencuri potong tangan".
- Orang2 yang apabila disuruh oleh Allah, hanya bijak berkata2 tetapi tidak melakukannya.
3) Hamba yang sangat sibuk membuat kerja, tapi bukan kerja yang disuruh oleh tuannya. Dia akan berbuat baik kepada tuannya bila tuannya ada. Pada hamba ini tuannya akan berkata "Kamu ini seorang penipu. Kamu mengambil gaji daripadaku, tapi menghambakan diri kepada semua kecuali aku."
- Orang yang talam dua muka dan makan 'gaji' kepada Tuhannya. Tidak bershukur. Tidak konsisten. Hanya bila tiba waktu solat sahaja ingatkan Tuhan, kemudian selepas solat kembali melakukan maksiat.
4) Hamba ini di depan tuannya baik. Tetapi, di belakang tuannya, dia membuat perancangan bersama musuh tuannya untuk menghancurkan tuannya. Dan di malam hari dia mencuri di rumah tuannya sendiri.
- Menyelewengkan agama Allah, dengan menyalah nafsirkan dalil2 dan cuba menyesatkan manusia di bawah nama 'ISLAM'. Nauzubillah.
Allahua'lam...
P/s: Penulisan di atas bukanlah sama seperti di dalam buku, telah diulas semula oleh saya. Boleh semak balik ye.
Saya jenis hamba yang mana ye? Entah2 semua jenis pun saya pernah jadi. Astaghfirullah.
Semestinya cita2 saya; menjadi hamba yang pertama setiap masa.
Pastilah saya mahu berkhidmat sebaiknya kepada 'Tuan' saya. Saya tak mahu dikatakan penipu, pembelot. Saya ingin bertemu 'Tuan' saya sebagai seorang hamba yang baik dan dipuji. Insha Allah...
Saya akan cuba taat dan patuh kepada Tuan saya, ALLAH dan sayang kepadaNya. La ilaha illa Allah.
Anda pula bagaimana?


No comments:
Post a Comment