Sunday, October 4, 2009

Menjadi Rama-Rama yang Cantik


Astaghfirullah.. astaghfirullah..
Bertimpa-timpa tarbiyah Allah padaku.
Semuanya akibat kelemahan diriku.
Sudahlah 2 malam tidak mendapat kerehatan yang baik, tarbiyah Allah pula datang, secara sedar.. Ku kira Allah sedang cuba mendidikku untuk segera redha, tawakkal, berfikiran positif, dan merancang penyelesaian.
SubhanAllah. Moga aku lulus dengan cemerlangnya ya Allah. Ampuni dosa-dosaku.

Tarbiyah apa itu?
Ceritaku...
Pagi ini, kami seharusnya sudah berada di KL seawal pagi. Semasa dalam perjalanan ke lapangan terbang Kelantan, Baba bertanya, "Passport dah ada? Check dulu". Saya terus mencari dalam beg silangku yg kecik tapi padat itu. Tiada. Kemudian beg laptop diperiksa. Nada. Beg pakaian terus diselongkar. Tak jumpa juga. Rumah diperiksa buat kali terakhir. Tak ada tanda buku kecil berwarna merah itu. Disebabkan dah lewat, kami terpaksa tawakkal, dengan harapan ia ada di dalam salah satu beg, atau tidak di kampung. Telipon kampung, pun tak jumpa. Kepala mula serabut. Sedih tak terhingga. Memikirkan tentang penerbangan hari Selasa. Entah-entah terpaksa melanjutkan cuti?? Arghh. Penat dan lapar. Memang memburukkan keadaan badan. Sepanjang perjalanan, alternatif plan difikirkan. Visa, buat report polis, buat passport baru. Agaknya sempat tak? Insha Allah tawakkal. Doa tak putus-putus diserukan supaya passport diketemukan, atau paling tidak dipermudahkan urusan membuat yang baru.
Kemudian, kami tiba di Serdang. Baba memulakan pencariannya di antara beg-beg. Memang selalu begini. Setiap kali saya hilang barang, Babalah yang akan mencarinya. Dan sememangnya dia seorang pencari yang berjaya (untuk barang orang lain, barang dia, kami yang cari). Hehe. Akhirnya, dengan senang, dia mengeluarkan sebuah buku kecil berwarna merah. Dari mana? Dari poket kecil beg laptop ku yang telah ku simpulkan tiada. Alhamdulillah tak terhingga. Lega...lega Allah permudahkan.

Mungkin belum cukup baik lagi kesabaran, keredhaan, tawakkal dan 'organisation skill'ku, Allah menguji dengan yang lain pula. Hpku hilang. Masha Allah. Perasaan kali ini tidak seperti ketika saya tak menjumpai passport pagi tadi. Kusut masai. Terfikir status kewangan, terfikir bagaiman mahu menghubungi sahabatku yang akan ku temui selepas ini dsb. SubhanAllah. Betapa aku tidak redha! Cuba menghubungi, tapi ke peti suara pula. YA Allah, sah-sah dah ada orang ambil. Memang, gagalku dalam keadaan 'segera'. Ketika keluar dari bangunan menuju ke teksi, mungkin HPku telah jatuh dari peganganku. Atau ketika bangun? Atau...uh, byk kemungkinannya. Sim card Celcom, sim card 3, dua-dua hilang. Sebab saya simpan keduanya di dalam hp. Bijak! Tapi, setelah beberapa minit, aku putus asa mencari hp itu. Tiada harapan lagi untuk mengharap berjumpa. Plan alternatif terus aku fikirkan. Beli hp baru dari Malaysia. Ambil sim card Celcom (kalau dapat... IC pula Mama tengah pegang.. haiyoo). Bila tanya2 sekeliling, Alhamdulillah, insha Allah tiada masalah lain. Hanya duit melayang. Tak pelah, sudah rezeki orang lain. Bukan rezekiku lagi.

Begitulah... Serabut masai kepala ni. Tak cukup tidur. Tapi, tak boleh tidur. Entah bila hendak mahir skill pengurusanku. Saya sangat kagum dan puji kemahiran pengurusan teman sebilikku, Radin. Ohh, dia sangatlah bagus! Keibuan sungguh!! Huhuhu. Saya? Argh. Masih banyak perlu dipelajari. Kalau ada kursus yang boleh mengajar bagaimana untuk tidak lupa barang, memang saya peserta pertama akan mendaftar! SubhanAllah. Apa lagi aku mahu? Allah sedang mengujiku dalam kursusNya. SubhanAllah... Moga aku menjadi orang yang sabar. Jauhkan aku dari keburukan kelemahanku ya Allah.

Setiap orang pasti diuji mengikut apa yang diperlukannya...
Jangan putus asa, jangan merungut.
Tandanya Allah sedang menjadikan kamu kepada seorang yang hebat :)
Tanpa rintangan dan cabaran, manusia itu lemah. Bagaikan seekor rama-rama yang perlu bersusah payah keluar dari lubang kecil kepompongnya supaya keluarnya ia sebagai rama-rama yang indah (scientifically proven!). SubahanAllah. Allah Maha Bijaksana..

~~ Menjadi rama-rama yang cantik dengan kehendakNya ~~

2 comments:

HambaALLAH said...

haa..iman..jgn lupe daftr ye,if ade kursus tuh..:)..insyaallah..u can do it sis..cume kene lebih berwaspada..:)

SyaHeeDaH Al-ImaN said...

jzkk ukht ida...
anyway, Allah tenangkan hati dengan mempertemukan dengan awk hari tu.. ;) alhamdulillah...
the best present... :)
insha Allah, jzkk for the reminder..