Once upon a time there once lived 2 boys at Jaguar Drive(well, actually they're still living there), who are, I would say, quite contrary to each other.
One's a bit chubby, one's not.
One's an English, one's an Arab.
One's a non-Muslim, one's a Muslim.
So, the story begins....
Continue in Malay ha.. hehe.
Hari yang indah, aku dan Radin keluar untuk ke Pekan mengambil rakan2 yang baru sahaja selesai membeli barangan rumah.
Semasa jalan ke luar menuju ke kereta, kami ternampak kelibat 2 budak2 bermain basikal di seberang jalan.
Tiba2, kedengaran suara, "Assalamua'laikum". Aku mengelirkan pandangan, oh, budak itu rupanya yang memberi salam. Kemudian dia terus meneruskan kerjanya membaiki basikal. "Waalaikumussalam", aku menjawab dengan senyuman. Comel. Budak itu aku agak umurnya dalam lingkungan 8- 10 tahun.
Kemudian dengan semangat jiran depan rumahku bertanya pada temannya tadi, "Do you know them?".
Budak lelaki Arab itu, yang sedang sibuk membaiki basikalnya menjawab, "No". Aku terus tersenyum.
"Are you Arabic?", tanya jiranku itu berkali2 kepada kami. Tapi, malangnya aku tak perasan. Heee. Malah aku terdengar seakan dia mengatakan sesuatu tentang "Rabbit". (sbb dulu dia pernah tanya ttg rabbitnya..) hehe. My bad...
Sudah banyak kali kami menegur sapa dengan budak di hadapan rumah itu. Rasanya pernah juga nama ditanya, tapi aku lupa. Hehe.
Tukar..ayat tak skema pulak.
Dalam perjalanan tu kami rasa sangat teruja. Sangat comel bagaimana seorang budak kecil sungguh bersemangat menyebarkan salam kepada saudara seIslamnya. SubahanAllah.
Diriwayatkan:
Dari Abdullah bin Mas’ud ra., ia berkata bahwa Rasulullah saw. bersabda, “‘As-salam’ adalah salah satu dari asma Allah yang diletakkan di bumi, maka sebarkan salam di antara kamu.” (HR. Bukhari)
Saya pasti, jika tidak diajar oleh ibubapanya, manakan dia akan bersemangat untuk menyebarkan salam kepada yang lain. Teringat satu peristiwa lain ketika ayahnya membawanya keluar bersiar2 bersama dengan basikal. Ayahnya memberikan salam kepada kami, "Assalamua'laikum sisters". Kerana di kawasan perumahan kami, kurang penduduk Islam, makin kuat izzahnya terasa. Lagi2 kerana kami memakai tudung, lebih mudah untuk dikenali.
Adab memberi salam..
Dari Abu Hurairah ra., sesungguhnya Rasulullah saw. bersabda, “Yang mengendarai kendaraan hendaklah mengucapkan salam kepada yang berjalan kaki, yang berjalan kaki hendaklah mengucapkan salam kepada yang duduk, yang sedikit mengucapkan salam kepada yang banyak, dan yang muda mengucapkan salam kepada yang tua. Keutamaan orang yang lebih dahulu mengucapkan salam adalah sangat besar.”
Itu je... Hariku seterusnya ceria. So maniskan senyuman dan sebarkan salam lillahi ta'ala. It will make yours and that someone's day a happy day, insha Allah :)
Allahua'lam...
Monday, October 19, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment