Saturday, August 8, 2009

A week in winter...


Seminggu yang bermakna... [[14/07 - 22/07]]

Kenapa? Sebab dalam seminggu, berjuta perkara yang saya buat di Malaysia. Alhamdulillah.. tak seperti dulu, balik rumah...buang masa. Huee..

Bila saya beli tiket? Semasa sedang belajar di library. Ada promo flight, apa lagi, kautlah! Biarlah org katakan saya membazir duit. Tapi, hanya Allah yang tahu betapa bermaknanya kepulanganku kali ini. (walaupun sbnrnya agak bazir...sbb dlm ms sebulan lg saya akan pulang semula ;p)

Sesampai di LCCT, saya terus ke hotel tempat Mama bermesyuarat di KLIA. Tapi untuk sebentar sahaja. Setelah rehat, kami bersiap2 pulang ke Seremban untuk menjenguk Wan. Alhamdulillah, beliau nampak sihat sahaja. Malamnya kami ke LCCT, menaiki flight utk ke Langkawi. Selama 3 hari di sana..



Ini adalah Pulau Dayang Bunting. Tgk betul2..Boleh nmpk semacam kepala, dada, tangan dan perut. Menarik.. This is what u'll see if u go island hopping in Langkawi!



Paling bermakna lawatan ini ialah kerana ia mengingatkan waktu saya di tingkatan 4 dan 5.. Menjadi 'anak tunggal' yang mengikut segala tempat Baba dan Mama bermesyuarat atau conferencing. Itu sajalah waktunya untuk bercuti bersama.
Satu lagi kenangan best, saya dapat bawa kereta manual!! Oh oHh.. best! Hehe. Tapi kena tahan dek JPJ ;p. Lajukah? Agak laa..Tapi bukan sbb tu kena tahan. Yang geramnya pak cik JPJ tu kata 'tayah la wat muke terkejut dik'. Daaa..mana la org tak terkejut. Huhh..pastu panggil mak cik2. Sabo je laa.. Anyway, sebab utama kena tahan ialah kereta tu tak de permit kereta sewa. Huhuhu... So bukan salah kami, syarikat tu yang kena saman.
Apa lagi program kami di Langkawi? Shopping! Chocolate paradise kot~ Lagi2 ferrero rocher. Erghh.. Tapi tak best bila dah sampai OZ. Sejuk, choc jadi beku! Huhu.

Hmmm. B4 dapat berjumpa in real life, ber3G dulu dengan budak kecik ini~.... Masa tu rindu dah tak tertahan...
Akhirnya dapat juga bertemu dengan si dia ini... Pakai baju istimewa utk tantinya. Hehehe. Sian dia..terjaga tengah malam sbb kami baru sampai.. Lps tu tak boleh tidur. Yang penting, suka sangat dia tak nangis dan dapat menerima tantinya dengan gumbiree ^_^. (cuma dia kepenatan sikit sbb ramai sgt pengacaunya ie mama n baba toknya)
Setelah 4 hari tiba di Malaysia, akhirnya dapat juga menjejakkan kaki ke rumah sendiri..
Malamnya my best friend from Kedah tiba di Kelantan. Hanisah.. Ohoh..gembira tak terkata. Setelah 4 tahun tak berjumpa, akhirnya Allah pertemukan jua. Dan mmg lebih manis rasanya ukhuwwah itu ;). We had a blast girls' night! Hehe. Makan kat Syam then merayau2 di Pasar Wakaf Che Yeh. Tapi agak menyesal sbb kurang manis untuk anak2 dara keluar sampai pukul 12 tgh malam sebenarnya. Ulps! Ibu2 pun dah mula risau. Ampun sih, terutama kpd P.Cik Wan Anuar. Hehe.

Kemudian esok paginya saya dan Hanisah bertolak ke Jaiputra. Oh, alangkah terkejut dan gembiranya dapat berjumpa pula dengan Wanie n Bee. Ya Allah! Mmg menjerit dalam hati. Tapi terpaksa disorok kerana sedang ada pengisian. Para kader dari seluruh dunia datang berkumpul. Seronok tak terhingga. Republik Czech, Polland, Mesir, UK, Ireland, France, Jordan, dll, (termasuklah seorg dari OZ ;)). Hihihi..tersesat. Mmg menaikkan semangatku! Baru tahu saya bukanlah keseorang sebenarnya... dan Alhamdulillah dapat berjumpa sahabat2 baru dan berkongsi pengalaman.

Hari pertama program saya dah buat hal. Uhukk..maaf akak...
Apa saya buat? Melarikan 5 orang peserta (dalam gmbr tu) ke PCB untuk minum air kelapa yang sedap ini. Bee la ni teringin sangat nak keluar tengok pantai kat Kelantan. Kesian, org kelate yg dah pindah ke KL... huhuhu. So, saya pun bawalah mereka2 ini.. Alasannya saya nak balik dah lusa ke OZ. BTW, Wanie n Bee tu kawan Naimian, Hanisah tu kawan Amanian, dan 2 org lagi tu kawan Pollanian.
So inilah kenangan terakhir kami bersama...
Air kelapa yang menjadi saksi ukhuwwah fillah kami, insha Allah.
Moga bertemu lagi. (itu pun kalau sy balik winter lagi! Insha Allah....)


Dedikasi khas...
Selamat jalan teman, tetaplah berjuang, semoga kita bertemu kembali...
Kenang masa indah kita, sebiru hari ini.... ;;)

No comments: