Sunday, August 9, 2009

A day in Pompeii and The Museum.


A day in Pompeii...
Berdating bersama roomate ;)
Sabtu semalam, Allah berikan cuaca yang sangat indah, Alhamdulillah.
Kami berjalan sepuas2nya. Tanpa terikat dengan sebarang jadual. Sampai bengkak2 kaki.. Waduh. Tp subahanAllah, seronok sangat!

Pukul 9.30 kami bertolak dari rumah. Tersesat sekejap dalam City, dan akhirnya berjaya sampai ke Nicholson St. Lepas parking, kami bergerak menuju Melbourne Museum. Tujuan kami ke sana, nak tgk pameran Pompeii.


Lepas beli tiket Museum, kami teringin pula nak tgk 3D di IMAX. Jadi kami bergegas ke kaunter, sbb dah nak pukul 11. Ada satu cerita, 'Under The Sea'.
Sebelum masuk, kami diberi cermin mata 3D.
First time agaknya saya merasa.

Masuk saja kami ke hallnya, sangat kosong, ada beberapa keluarga sahaja. Bersama anak2 kecil mereka. Oh yes, we are kids too okay? Hehe.
Filem yang ditayang adalah berkisarkan kehidupan lautan. SubahanAllah. Betapa kreatifnya manusia dengan otak dan ilmu yang diberikan Allah dapat mencipta siaran 3D. Memang nampak real! Ikan2 bagaikan menuju ke arah kami. Ada kanak2 yang cuba menyentuhnya. Ada pula yang takut, kerana melihat ikan2 besar memakan ikan kecil di depan mata. SubahanAllah... Mmg hatiku tak kering mengucapkan kalimah2 memuji Tuhan kerana penciptaanNya yang sangat indah!

Di akhir siaran itu, ia menyatakan bahawa hidupan laut semakin pupus dek kerakusan dunia. CO2, global warming semuanya memusnahkan coral dan membunuh sea lion dsbnya.
Buat aku terfikir...Bukankah para Malaikat pernah menyatakan bahawa manusia ini hanya akan memusnahkan dunia (2:30). Tapi, sungguh ilmu dan perancangan Allah itu lebih baik dan sempurna.
Sebagai seorang Mukmin, kita pun sepatutnya fikir pasal ekosistem. Bukan sewenang2nya melakukan kerosakan. Even orang kafir pun fikirkan ttg kesejahteraan dunia, inikan kita yang faham bahawa Allah telah pertanggungjawabkan untuk menjaga Dunia ini.

Jadi, janganlah sewenang2nya membuang sampah, membakar, berbuat dosa..yang semuanya menambahkan kerosakan kepada Dunia dan Bumi ini.
Jagalah segala nikmat yang Allah beri kepada kita.

Pasal Pompeii pula, akan diceritakan kemudian..
Sementara itu... Siapa yang belum pergi, I recommend you to go!
Best... Bukti Al-Quran itu sangat benar!

Wallahua'lam

1 comment:

HambaALLAH said...

teringinnyer nak pegi..iman bawak ea..:)