Negaraku,
Tanah tumpahnya darahku...
Rakyat hidup bersatu dan maju
Rahmat bahagia Tuhan kurniakan....
Hurmmm, menarik lirik ni.
Ameen.. Insha Allah. Moga rahmat kebahgiaan Allah kurniakan sentiasa.
Tapi yakinkah kita negara kita akan aman selamanya? Tak kiralah dari bencana alam atau bencana manusia.
Risau,.. Takut.. Melihat keadaan negara Malaysia sekarang ni, saya risau satu masa nanti Allah akan tunjukkan akibatnya. Akibat kelalaian.. Ketamakan. Kerakusan manusia.
Maksiat di mana-mana. Korupsi berleluasa. Aduhaaiii, inikah aman yang engkau katakan?
Membaca laporan abgku dari medan demonstrasi Mansuhkan ISA (baca di sini), inna lillah. Orang yang pandai berfikir pasti dapat menganalisis bagaimana keadaan negara (kerajaannya). Sadis. Tindakan dari pemikiran yang cetek, kolot dan berlagak.
Al-Wahnu.. Itulah sifat yang saya nak beri. Astaghfirullahal 'azim... Wa na'uzubillahi min zalik.
Adakah patut kita hanya berdiam diri? Tidak. Kerja kita masih banyak! Kerana ingatlah, jika kita hanya berdiam diri dan merasa aman dengan keadaan di sekeliling kita, sungguh azab Allah itu tidak akan terlepas dari sesiapa pun. Biarlah ada bukti di depan Allah kelak bahawa kita telah berbuat sesuatu usaha menjalankan tugas sebagai khalifah Allah.
Moga Allah beri hidayah, kekuatan dan petunjuk.
Jangan lupa doakan saudara kita yang lebih dahsyat perjuangan mereka di Palestin.
Allahumma ansuri ilislama wal muslimina fi falastin, wa fi kulli makaan, wa fi kulli zamaan. Waktubna ma'a assyahideen... Ameen.
Wallahua'lam

No comments:
Post a Comment