Nak kongsi tentang surah Al-Mudassir.
Menarik.. Surah ni pernah saya hafalkan masa f2. Tapi sekarang dah lenyap (disebabkan noda hati dan tak memanaskan hafalan). Tahun ni saya pilih untuk jadi Imam membacakan surah ini, supaya dapat ingatkan kembali... Astaghfirullah (dosa tak ingat surah yang pernah dihafal, tp bukan pula alasan untuk tidak menghafal!). Memang itu salah satu aim Ramadhan ini, memanaskan kembali segala hafalan dahulu, InshaAllah.
Al-Muddassir adalah surah yang kedua diturunkan (ayat 1-5)
Awalannya saja sudah mengandungi pelbagai buah peringatan.
Dari ayat 1-7, Rasulullah diberikan 2 tugasan.
Yang pertama:
Qum fa anzir = Rise and warn! (bangun dan beri amaran)
- memberi peringatan kepada orang lain.
Yang kedua:
Menjadi role model, dengan cara:
1) Warabbaka fakabbir = worship Him alone.
- diletakkan rabbaka di depan, untuk menyatakan bahawa hanya ada SATU Tuhan iaitu Allah untuk diagungkan. "Dan Tuhanmu, agungkanlah".
2) thiyaabaka fatohhir = bersihkanlah pakaianmu.
- Mengikut tafsir, menjaga imej dan tingkah laku. "Purify your conduct".
3) warrujza fahjur = tinggalkanlah segala perbuatan yang keji.
4) la tamnun tastakthir
- jangan harap untuk mendapat balasan Dunia dari segala usaha.
5) wa lirabbika fasbir = be patient for your Lord's sake.
- dugaan dan cabaran dalam menyeru kepada kebaikan, hendaklah bersabar...
Allah beri tugasan kepada Rasul, berserta dengan 'guidelines'nya. Di mana kita juga perlu mempraktikkannya..
Dan lagi dalam surah ini, Allah peringatkan tentang Neraka Saqar. Dan Allah bagi pilihan samada kita hendak mengambil peringatan itu atau tidak. Maka rugilah orang2 yang tidak beringat...
Bagaimana neraka Saqar itu tidak akan melepaskan orang yang dicampakkan ke dalamnya, menghanguskan kulit manusia. [[74:27 - 29]]
2nd degree burn; Menghanguskan kulit. Sakit tak terkata! Kulit kita sangat banyak dengan receptor sakit... Mahukah kita?
[[74:35 - 47]]
Kemudian, Allah outlinekan ciri2 orang yang dimasukkan ke Neraka Saqar. Apabila golongan kanan (golongan yang masuk ke Syurga) menanyakan mereka yang masuk ke Saqar, kenapa mereka dimasukkan ke Saqar? Ini jawapan mereka:
- Tidak melaksanakan solat
- Tidak memberi makan orang miskin
- Membazir masa dengan berbual kosong
- Mendustakan Hari Kiamat
Again, lets reflect ourselves.. Jangan ingat ini adalah hanya peringatan kepada orang kafir, malah Muslimlah yang sepatutnya lebih mereflect diri sendiri kerana kita yang akan membaca Al-Quran ini.
Juga, jangan ingat mendustakan Hari Kiamat hanya di'apply'kan kepada orang kafir yang tidak beriman. Jika kita tidak takut melakukan dosa, itu pun dikira tidak mempercayai adanya Hari Kiamat. Istighfarlah mohon ampunan.. Moga kita menjadi orang2 yang selalu takutkan azab Allah dan mengharapkan maghfirah dan rahmatNya.
Bila dah dapat seru tu, taubatlah cepat2.. Moga Allah hapuskan segala dosa sebelum kita pergi menghadapNya...
Pintu langit keampunan Allah itu sentiasa terbuka sehingga nyawa dikerongkongan.
Menarik, saya cuba tonton Nur Kasih yang sering disebut2kan di kalangan kawan2.
Watak Adam sememangnya menarik. Saya pun pernah menjadi seperti Adam (tp baik sikit la..cuma rebellious). Lumrah untuk anak bongsu. Maafkan Iman, Ma, Ba.
Tapi, lagi menarik bila mereka mempamerkan dialog yang agak realistik:
"Dosa Adam la bang, Adam boleh tanggung. Kenapa orang lain nak susahkan pasal Adam?"
Lps tu abangnya menjawab:
"Orang susah sebab orang sayangkan kau, Adam". huee..
Ramai orang fikir macam ni...
"Jangan jaga tepi kain orang~" "nanti masuk kubur, kubur masing2"~
Waah...sedapnya kan. Memang, memang dosa itu ditanggung sendiri. Tapi, kita kenalah saling ingat mengingati, dan semestinya yang menegur itu sangat sayang kepada orang yang ditegur. Sbb taknak, tak nak dia sengsara nanti. Bukan hanya nak menyibuk dan berlagak baik. Kalau api kat dunia ni kita dah menjerit kena sikit, bayangkan api yang entah berapa kali lebih panas kat Akhirat nanti... Mestilah kita nak sama2 rasa kesenangan dgn orang yang kita sayang, bukan?
Cuma mungkin, cara teguran tidak betul. Kena lebih lembut, lebih berhikmah.. Barulah orang akan cair.. Hurmmm.. betul2!
Adab untuk tegur dan menerima teguran:
Yang tegur, kenalah baik2, berhikmah, tidak memalukan, penuh dengan kasih sayang.
Yang ditegur, cubalah buang perasaan ego, perasaan negatif dsb. Bukakan hati dan minda, kalau nak marah...diam2 dalam hati dulu. Sbb kadang2 mmg orang tu betul. Kang meletus dulu, kita juga yang malu kemudian nanti.
Nanti bila orang dah tak tegur, haaa baru menyesal. Rasa senang, tapi lepas tu akan rasa ada kekosongan.
Syaitan akan selalu memujuk manusia, "Allah itu Maha Pengampun. Masuk neraka sekejap je, lepas tu nanti masuklah Syurga, sbb engkaukan mengucap...".
Wa nauzubillahi min assyaitonnirajim..
Moga kita ramai2 menjadi golongan kanan. Ajak orang lain sekali supaya jadi golongan kanan. Jom!! Sahabat2ku yang disayangi, ana uhibukkunna fillah. Jom sama2 kita ke Syurga ;).
QUM FA ANZIR!
Allahumma innaka 'afuwun kareem, tuhibbul 'afwa, fa'fu 'anna.
Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pemberi Pengampunan, Engkau sukakan pengampunan, maka ampunillah dosa2 kami... Ameen.
Puasalah puasa yang membuahkan ketaqwaan, bukan hanya puasa menahan lapar dan dahaga. Rugi...buat lapar sesaja je.
Wallahua'lam.

No comments:
Post a Comment