Entry ni khas untuk diri sendiri..
Supaya setiap kali buka blog sendiri, muhasabah kebersihan hati.
Ubat hati ada 5 perkaranya:
1) Baca Quran dan maknannya - tadabbur
2) Solat malam dirikanlah - Qiyamullail
3) Berkumpullah dengan orang soleh - majlis ilmu/zikir
4) Berbanyaklah berpuasa - puasa sunat
5) Zikir malam perpanjanglah...
(Tombo ati: Opick)
Sesiapa yang baca ni, cuba buat :D n see how it goes.
Rasanya, Qiam tu sangatlah penting... Itulah yang paling menguatkan jiwa seorang mukmin.
Talking from experience. Lagi2 bila hari tu sangat penuh dgn dugaan, dan terasa bagai tidak terdaya. Kalau tak caye, acu tra (cuba try). Sekali sebulan pun orait dah..
Mmg susah. Sebab tu sangat mulia siapa yang dapat buat solat tahajud setiap malam.
Rasul yang maksum tu pun sangat bersungguh dengan solat malamnya. Ini pula kita yang setiap saat melakukan dosa (astaghfirullah).
Firman Allah:
Sungguh, bangun malam itu lebih kuat (mengisi jiwa), dan (bacaan di waktu itu) lebih berkesan. (Al-Muzammil:6)
Mengisi jiwa dengan keimanan. Kalau kita boleh jaga malam untuk study, tengok movie, berborak, berchatting, bergayut... Apa alasan kita untuk tak buat solat malam? Padahal itu lebih baik. Rugi...
Ticket bearer -- teringat pula kisah ini (dengar dari orang ;) ) - dari Life is an Open Secret.
Seorang sufi pada suatu ketika dahulu, nak pergi tandas, pastu kat depan tandas tu ada penjaga. Penjaga tu pun mintak tiket nak masuk tandas. Tetiba sufi tu menangis, semua orang pelik. Ingatkan dia takde duit. Lepas tu sufi tu jawab, dia ada duit, tapi dia terfikir, kalau nak pergi tandas kat dunia ni pun kena ada tiket - duit, apa pula tiketnya ke Syurga?
Contoh ticket bearer kita di Dunia - IBU.. Sungguh, syurga itu di bawah telapak kaki bawah.
Kalau susah nak buat baik atau jadi baik, fikirkan ini. Kebaikan yang kita lakukan itu adalah tiket kita ke Syurga.
Bersihkan hati untuk memudahkan kita melakukan kebaikan!
Tapi, akhlak adalah komponen paling penting..
Tak kira sehebat mana ibadah sunat seseorang itu, jika dia menyakiti orang lain, tidak sempurna IMANnya. - Akhlak itu jasad kepada Iman :)
Check this out:
Daripada Rasulullah s.a.w:
"Seorang lelaki bertanya kepada Nabi s.a.w.: "Wahai Rasulullah, sesungguhnya seorang wanita terkenal dengan banyak bersembahyang (sunat), berpuasa dan bersedekah, namun kata-katanya meyakiti jirannya." Sabda Nabi s.a.w: "Dia dimasukkan ke dalam neraka". Kemudian beliau bertanya lagi: "Wahai Rasulullah, seorang perempuan terkenal dengan kurang bersembahyang (sunat) dan berpuasa. Dia hanya bersedekah sepotong kecil keju, namun dia tidak menyakiti jirannya." Jawab Nabi s.a.w: "Dia akan ditempatkan di dalam Syurga." (Riwayat Ahmad)
Hebat... Muhasabah diri. Tingginya ibadah tidak berguna jika akhlaknya tidak mulia. Astaghfirullah.
Ku memohon ampun dan maaf pada sesiapa yang pernah terluka kerana buruknya akhlakku.
Sunday, April 19, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

2 comments:
hukkk. syg. awk sakit ape?
huhu..
sakit jiwa~ tu ubat hati.
haha.
kite sedang dlm kemuncak kemalasan '_' .. tatau nape~
doakan kite ek~ dapat kumpul balik semangat tuh.
Post a Comment