Dulu aku tidak menghargai kehadirannya. Dia menghulurkan persahabatannya, tapi aku pandang sebelah mata. Kerana sibuk mengejar cinta lain. Namun, akhirnya aku sedar. Biarlah berkasih dengan yang sudi, bukan menjadi syok sendiri. Lalu akhirnya kami menjadi sahabat baik. Ketika itu kami sama2 mengejar cita di SMI Aman. Walaupun agak terlambat, tapi itulah tahun yang paling indah! Dia manja denganku, dan aku pun begitu. Sayang padanya. Aku rindu saat itu kini.
Saat 'little stars' tercipta. Saat nickname lucky star diberi, bersama2 shiney star, twinkle star, cutey star, dan pretty star.
Segalanya menjadi kenangan terindah, 2003...
Kini kami terasing meneruskan cita2 sendiri. Entah bila akan ketemu kembali. Rindu. Rindu.
Mungkin lepas ni bila bertemu kembali keduanya sudah berubah. Mungkin dia sudah dimiliki, mungkin keduanya semakin matang.
Tapi, satu yang tidak akan berubah... dia tetap temanku hingga kini. Yang sudi menerimaku seadanya. Moga ukhuwwah fillah ini berkekalan.
Sayang padamu, Hazwani Badri ;)

2 comments:
aiseh..
maluyer.. hahaha
sayang awak juga...
smoga ukhwah kita akan kekal selamanya..
ameen..
dedicated to iman;
as we go on,
we will remember
all the times we
had 2gether
and as our lives changed
comes whatever
we will still be
friends forever..
(igt x time iman dtg smi, pahtu wani tulis lirik ni kat papan puteh, pahtu iman baca. kita pun nanges.. wee~)
miss you so much!
me. pnjg la plak commentnyer
heeee..
ingat~ ;)
rindu nk peluk awak...
ingat tak ms
hehe. takpe. skali skala pnjg.
hehehe..
Post a Comment