Pengharapan...
Adakah kepadaNya?
Reflect balik diri...
Sebenarnya pengharapan kita kat mana? Pada Tuhan or makhlukNya?
Kalau ditanya, pada siapa awak patutnya bergantung?
I think jawapan skema dari semua orang (Islam) akan jawab, Allah.. Tahniah, 100 markah!
Memang betul. Kita sepatutnya bergantung hanya pada Allah.
Itulah yang tercatat dalam rukun Iman kita.
Beriman kepada Allah - Huwa La Ilaha Illa Allah
Beriman kepada Qada' dan Qadar - Percaya segala ketentuan dan ketetapan Allah.
Maknanya? Kita tak berharap pada orang atau benda lain selain Allah. Bila kita mengharap pada selainNya, (Nauzubillah), mungkin kita telah syirik.
Semuanya dari Dia.
Sihat, sakit. Bahagia, sedih. Berjaya, gagal. Tenang, gelisah. Lapang, sibuk. Meriah, sunyi. Hidup, mati.
Macam mana nak reflect pengharapan kita pada siapa? Jom sama2 3R (reflect, reflect, reflect)~
Bila sakit, dari siapa anda harapkan sembuh? (Doktor, ubat, atau Allah?)
Bila sedih, pada siapa anda harapkan dibahagiakan? (Kekasih hati, sahabat, shopping, hiburan atau Allah?)
Bila gagal, bagaimana strategi anda mendapatkan kembali kejayaan? (Study 24hrs, atau berusaha serta Allah?). Pada apa anda meletakkan kegagalan anda itu? (Study atau qada' Allah?)
Bila gelisah, apa yang anda lakukan untuk menenangkan kembali hati? (Hiburan, Ibu bapa, atau perkara yang mendekatkan diri kepadaNya; solat, baca Al-Quran, istighfar dll)
Bila sibuk, untuk apa anda utamakan masa anda? (Study sahaja, hiburan, atau untukNya?)
Bila sunyi, siapa yang anda harapkan untuk berada di sisi?
Bila seseorang mati, adakah anda menyalahkan takdir dan mengharap alangkah bagusnya jika tidak begitu?
Jika kebanyakan jawapan yang pertama keluar dalam minda adalah selain Allah, mungkinkah diri sudah meletakkan pengharapan terhadap selain dariNya?
Padahal dari Dialah segalanya. Dialah yang merencanakan kehidupan, dan kematian kita.
Bila diberi ujian, itulah rahmat dariNya. Supaya kita muhasabah diri, ingat padaNya. Tapi itulah kelemahan manusia, lupa. Lupa padaNya. Dikaburi oleh syaitan yang ingin kita sertainya melupakan Tuhan.
Rasanya ramai orang paling lemah menerima ujian sahabat dan sokongan. Memang benar. Kita, sebagai manusia yang lemah sangat memerlukan sokongan. Inginkan kebahagiaan, berupa sahabat dan teman. Tapi janganlah sehingga ia melupakan kita pada tujuan hidup dan Tuhan kita. Orang kata......sampai rasa tak boleh hidup tanpanya! Astaghfirullah.
Kerana ingatlah, Rasulullah s.a.w dari kecil telah kehilangan ayah, kemudian ibunya, kemudian datuk, dan akhirnya bapa saudara dan isteri kecintaannya, Khadijah. Menyebabkan baginda berdikari, dan tidak bergantung pada orang lain. Jangan anggap ia senang buat baginda hanya kerana baginda adalah Rasul bahkan adalah manusia biasa, bezanya dia dekat dengan Allah. Jadi tak mustahil juga buat kita.
Insha Allah, semakin berat ujian yang Allah beri, semakin besar ganjarannya bagi orang yang bersabar di sisiNya.
Ya Allah! Kuatkan hatiku. Ingatkan aku dengan rahmatMu.
Friday, April 10, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment