Allah berfirman: "Ketahuilah, sesungguhnya milik Allahlah apa yang di langit dan di Bumi. Dia mengetahui keadaan kamu sekarang, dan (mengetahui pula) hari (ketika mereka) dikembalikan kepadaNya, lalu diterangkanNya kepada mereka apa yang telah mereka kerjakan. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu".
Penat. Seharian sibuk. Sibuk untuk apa? Allah Maha Mengetahui. Moga apa yang ku lakukan manfaatnya juga untuk orang lain. Bukan untuk diriku sahaja. Allah mengetahui keadaan ku sekarang, dan juga waktu aku dikembalikan. Moga segalanya baik. Hanya Allah tempat segala pergantungan dan pengharapan.
Pekalah terhadap sekelilingmu. Jangan pentingkan diri. Moga dengan pertolonganmu dan manfaatmu kepada orang lain, Allah permudahkan urusanmu sendiri. Usah harapkan ganjaran dari manusia, kerana mereka tidak dapat memberimu kebahagiaan abadi.
Senyumlah bila sedih dan bersederhanalah tika gembira.

Firman Allah : "Dan janganlah kamu (merasa) lemah, dan jangan bersedih hati, kerana kamu paling tinggi darjatnya jika kamu orang beriman". (3:139)
-- Tazkirah hati --

No comments:
Post a Comment