Thursday, February 11, 2010

Sempat berborak dengan seorang Cina yang menumpangkan kami ke hospital.
Mulanya bercerita tentang Chinese New Year, tiba2 termasuk pasal agama.
Banyak benda baru yang kami pelajari.

Dia beragama Christian.
Saya pun tanya, 'Christian yang mana satu?'. Sebab setahu ilmu yang cetek saya ni, ada beberapa cabang Christian ni.
Lalu dijawab 'I'm only Christian'. Maknanya, dia hanya mempercayai bahawa Isa yang mampu menanggung segala dosa manusia. Jadi, kita manusia bertanggungjawab untuk berhubung dengan Isa dan meminta 'syafaat'nya. Sebab kononnya Isa itu Tuhan dan manusia (??), dan semasa turun ke Bumi.................complicated -_-

Manakala Catholic, percaya bahawa Mary (Maryam) itu yang dapat membawa kepada Isa. Kiranya ada pertengahan.

Dia pun bertanya, bible kamu ada banyak buku jugak ke? Hueee.. kemudian Radin terangkan bahawa kami hanya menggunakan 1 buku, iaitu Al-Quran. Tapi, tak faham apa maksud "book" dia tu. Mereka ada old n new testament. Kemudian dalam new testament tu, ada banyak books, dalam books ada chapter, then verse.

Mulanya tersalah cakap, Al-Quran ada 30 chapter. Dia pun kata 'oo, nipis je la Al-Quran ni'. Errr, kemudian kami cuba olahkan cara lain.

Semasa diterangkan tentang bagaimana manusia itu fitrahnya berdosa, hanya dengan pertolongan Isa sahaja dosa itu dapat dihapuskan. Kerana kita ini manusia, yang berdosa, tak perfect, jadi tak layak untuk kita minta pada manusia biasa. (tak tahu dia bermaksud apa....). Dan mereka tak percaya pada amal kebaikan boleh membawa kepada Syurga. Hanya dengan penghapusan dosa, terus boleh masuk Syurga. (no wonder orang suka pada Christian????) ie, hanya melalui Isa.

Dia ada bertanya tentang Islam, kepada siapa Islam diturunkan. Saya cuba terangkan bahawa agama itu telah bermula sejak Nabi Adam A.S, sehinggalah Nabi Muhammad. Kemudian dia bertanya pula Muhammad itu siapa? Penerangan diteruskan. Dan saya sebut, nabi selepas Nabi Isa. Dia senyap.... Huee.. Entah apa tujuannya. Mungkin mahu saya fikir bahawa Nabi Muhammad hanyalah manusia biasa? Ye, tak payah cakap pun saya tahu... Dalam fikiran saya semasa dia bertanya, memang teringat firman Allah yang maksudnya lebih kurang "Muhammad itu hanyalah manusia seperti kamu, adakah selepas dia mati kamu akan berpaling?".

SubhanAllah.
Malas nak bersama dalam perbualan bila dia mula bersemangat bercerita tentang Christianitynya. Takut pula menjadi golongan orang yang mengakui atau menyokong orang2 yang mempersendakan ayat Allah. Nauzubillah.

Moga Allah kuatkan pegangan ini.
Apa yang saya fikirkan, jika Isa itu dikatakan mampu menanggung segala dosa manusia dan membawa ke Syurga, bagaimana pula manusia2 sebelum Isa dihidupkan? SubhanAllah. Itu sahaja telah membawa kepada keraguan.

Tapi, agama yang dibawa oleh Nabi Muhammad, adakah itu agama yang baru? Tidak.
Hanya nama ISLAM sahaja baru digunakan, walaupun tidak digunakan oleh para nabi yang terdahulu.
Kerana jika dilihat kisah2 nabi terdahulu dalam Al-Quran yang subahanAllah terbukti kebenarannya (rujuk Tauhid Az-Zindani), semuanya beriman dengan Allah. Dari zaman nabi Adam hinggalah nabi Muhammad, tujuannya hanya satu, iaitu mengajak beriman kepada Allah. Tetap. Dan dengan keimanan kepada Allah, insha Allah Syurga terjamin sebagai balasan. Bukannya bermula pada zaman tertentu.

Well, of course hanya orang yang berakal mampu melihat. Jika tiada Iman kepada Allah dan Al-Quran, sehebat mana pun bukti yang kita bentangkan depan matanya, tetap tak mampu melihat.

Astaghfirullah...
Sayangi Allah. Sayangi Al-Quran. Sayangi Rasulullah. Sayangi Rasul2. Sayangi umat Islam.

Live a happy life ;)
.Allahua'lam.

p/s: di atas hanyalah pandangan berdasarkan pengalaman insan yang jahil dan hina, semoga tidak terlari dari aqidah yang saleem. Jika ya, silakan memberi teguran.

No comments: