Wednesday, February 17, 2010

Sayangku..

Makin banyak pula bayangannya datang.
Astaghfirullah..
Kenapa makin banyak kerisauan bertandang di dada fikiran?
Antara bayangan mati dan hidup.
Astaghfirullah..
--- biar sahaja ia menjadi rahsia antara aku dan Tuhanku ---

Cerita cinta...

Selepas 2 minggu mula klinikal, semalam baru kali kedua saya masuk ke OT.
Pertama semasa hari pertama mula 'rotation'. Tapi, tak sedap pula, lupa bawa tudung kecil yang masih bersih.
Jadi, semalam bawa tudung lebih (a.k.a swimming cap) yang warnanya biru berbelang2, ditutupi dengan ortho cap.
Doa sungguh2 semalam supaya tiada yang menghalang, sbb sebelum ni ada senior cerita di hospital itulah dia dimarahi oleh seorang nurse.
Baru je nak masuk bilik bedah no 2, seorang misi menegur, "I'm not sure whether u can where that scarf u'r wearing, maybe u should check with the coordinator first".
Waaaa, kecut perut... Berdoa lagi agar dipermudah. Lalu misi menunjukkan front desk, kemudian dengan muka tak bersalah saya bertanya. Dan Alhamdulillah, beberapa nurses yang ada kat situ jawab, "Yes surely u can. That's gonna b a new design!". Haha, kelakar pula. Alhamdulillah...

Kemudian saya pun meneruskan tugas sebagai seorang pelajar medik memasuki bilik bedah. Di sana berjumpa dengan seorang consultant yang belum pernah ku temui. Ecehh.. Mr Mann.
Selepas berkenalan dan sebagainya... Mr tu tanya, "what do u call that thing u'r wearing?". Saya pun jawab,"errr, scarf?~". "Oh, is that just it? It just doesnt sound that important".
WoO! Tersentuh mendengar.. Lalu saya pun cuba memberi perkataan lain, "Well, the arabs call it 'hijaab'". Hahaha.. Hope that sounds important enough!

Masha ALLAH..
Rasa best sangat masuk theatre. Sebelum ni rasa malas nak masuk, sebab risau tak ada tudung untuk menutup; tak selesa dan tak tenang.
Dan Alhamdulillah, Allah permudahkan...  Malah ramai yang tertarik dengan scarf berbelangku itu (well, Radin's actually). Huhuhu..
Lepas tu kena keluar sekejap ke ED dengan pakaian theatre untuk menjenguk seorang pt.. Adush, malu, tapi Alhamdulillah masih sempurna pakaian.. jadi tenang saja berjalan. (nasib baik tak ada orang yang kenal je ~_~)

Sebenarnya, taklah susah untuk berpegang pada prinsip. Insha Allah, Allah akan permudahkan. Malah, itulah ujian untuk kita, samada kita akan terus berpegang dengan arahan Allah walau kita bagaikan orang asing. Believe me, u do feel like an "alien". But i love it! Alhamdulillah.. Moga Allah bagi ganjaran.
Bukan bertudung je, solat, makan dll pun mesti dijaga. Walau susah!

Terfikir juga, mesti orang2 tu pelik tengok KITA. Kenapalah nak jadi pelik? Kenapa dalam keadaan macam tu pun masih nak pakai tudung, tutup kepala dll... Macam, rilex laa kott.. Orang lain tak payah pun pakai tudung.
Tapi... Itulah prinsip yang mesti dipegang oleh orang yang beriman. Walau se'weird' mana.
Samalah seperti orang vegetarian yang tak makan daging walau apa sekalipun (kita yang makan daging ni pun tak faham), paderi2 dan sami2 yang tak kahwin kerana patuh dgn 'agama' dsb.
Kita pun macam tu. Jadi, bukanlah tegar mematuhi perintah Allah itu sesuatu yang PELIK dan SUKAR (lagi2 jika kita kata Islam itu sememangnya agama yang benar dan Rabb kita hanyalah Allah). Betul tak? Betul!!!
Jadi, marilah kita jadi pelik, asing dan 'alien' dalam apa jua keadaan pun =D (bukan alienated eh..)

...'Izzah with your Iman & Islam...

No comments: