Friday, February 19, 2010

...Mati...

Ada cerita menarik lagi dari hospital...
Pagi2 di hospital, sementara menunggu registrar tiba, saya akan 'stalk' patho nurse yang mengambil darah pesakit2.
Dah beberapa kali saya bertemu dengan pak cik Greek yang menduduki satu bilik ni, tapi baru semalam saya sedar ada gambar isterinya terpahat atas sekeping kad di sebelah katilnya..
Kemudian saya bertanya, 'is that ur wife?'. Dia menjawab, 'yes, she passed away. in this hospital'.
Hehehe, yang kelakarnya, saya tak berapa faham pada awalnya, ingatkan dia kata isteri dia akan datang (tak tahu what made me think that), lalu menjawab, "oh that's nice". Shoot! that wasnt an appropriate answer apparently. Huhu..
Kemudian pak cik tu pun cuba terangkan balik, dan membuat gaya mati yang kelakar. Hahaa.. adoi... saya dah faham pak cik. (tak senonoh). Erkk.. terus saja saya menyatakan kekesalan..... "Sorry to hear that. Why did she die?".
Tiba2 pak cik tu cakap, awak kan pakai tudung, awak patutnya faham... Awak Muslim, saya Christian. Kalau betul beragama, percaya Tuhan, kita kena percaya Tuhan telah tetapkan macam tu.
Errkkk.. Terkesima. hehe. Sorry pak cik, daku bermaksud the cause of her death je.. walaupun pada awalnya saya dah macam 'Oh, bukan...' masa dia kata 'u'r wearing that scarf', tapi pak cik tu nak teruskan juga. Mungkin nak 'dakwah' patho nurse tu juga kot...
Sengih2 malu... saya mengangguk2. Rupanya isteri dia mati sebab tua mungkin.

Arghh.. sejak kejadian tu, saya terfikir, takut, risau... Kursus ini telah membuatkan aku 'mengimani' penyakitkah yang mematikan manusia? Astaghfirullah.. Tidak tidak. Insha Allah.
Alhamdulillah, pak cik tu telah menyedarkan aku... Bahaya, bahaya...
Saya meyakini dan mengimani bahawa Allah yang mentakdirkan hidup dan mati seseorang... Cuma, dah terbiasa 'curious' tentang musababnya..
Hmmm, insha Allah. Pengajaran...supaya tidak terlalu beriya soal musabab, tetapi, mengambil pengajaran dari kematian itu yang penting. Bahawa semua makhluk akan binasa, kecuali Allah.. Bahawa kematian dekat dengan kita, Dunia pula semakin meninggalkan kita.

Seorang Kristian memberi 'tazkirah' padaku...
Aku sebagai seorang Muslim, sudahkah memberi peringatan hari ini?

No comments: