Dah tak ada idea nak bagi tajuk yang best...
Start pergi hospital, dah jadi makin busy... tak ada masa nak tulis. Busy? Tak de la sangat. Cuma penat.
Anyway,
nak kongsi pengalaman kat hospital.. tak de la apa yg best sgt..
Rotation skrg, tgh posting under plastic surgery. Seriously, for me it's so boring. Ermm.. tp apapun, insha Allah akan sentiasa ada ilmu yang kita tak tahu Allah berikan dari tempat yang kita tak tahu...tapi, tak ada case yg interesting pun kat situ. Diagnosis is not that involved in plastics.
Banyaknya case laceration - luka2, terbakar, patah2 tulang kecik, buang lesions - ketumbuhan?...
Nak ceritanya, ada 2 org patient ni, sorang terbakar, sorang patah tulang jari... 2 2 sebab apa? Sebab minum arak + marah. Bila tanya kenapa, tak ingat apa yang terjadi.
Lepas tu kawan sekumpulan tu cakap, dia insaf tak nak mabuk dah. Sebab dia kata bila mabuk rasa api tu sangat menarik. Err? Dont know why.
Islam kan melarang kita membahayakan diri kita. Nauzubillah..
Dalam theatre pulak, doktor cerita ttg burns..
Yg superficial, sangat sakit... sbb byk receptor pada kulit. (dah pernah cakap ttg ni in previous post).
Bagaimana dalam Al-Quran, Allah jelas2 cerita ttg azab neraka membakar kulit, kemudian menyalinnya kembali supaya rasa lagi sakit. (tak ingat dalam surah apa)
Lagi, Allah kata azab neraka bertimpa2... ancaman maut mendatang dari depan dan belakang, tapi tak juga mati. Eeee..nauzubillah.
Nak katanya, patient tu mesti rasa sakit masa dan selepas opt, sehinggalah kulit tu baik semula. Doktor2 yg faham terbakar macam tu sakit mesti cuba mengelak dari kena kondisi2 yang menyakitkan tu. Boleh dikatakan semakin paranoid dan lebih berhati2lah kan...
Tapi, pernah tak kita terfikir, kita berhati sangat tak nak sakit di Dunia ni, walhal, ia hanyalah sementara, ujian.
Akhirat itu negara hisab dan pembalasan, yang abadi. Sakitnya terbakar samalah seperti di Dunia, in other ways of saying, memang akan RASA, "zuuku azaban nar". Nak kata kurang sikit di sana? Rasanya lagi berganda2 adalah....
Tapi tak rasa takut pula tersakit di sana?
Hurmm...
fikirkan, jika seorang yang menggunakan akal.
allahua'lam
astaghfirullah.
--- ngantuk.. Ya Allah, jauhkan aku daripada menjadi orang yang beralasan.
Wednesday, February 10, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment