Selalu diri ini terfikir...
Makin meng'gila', lagi2 setelah pemergian Ammar.
Terfikir, untuk apa sebenarnya saya hidup? Mmg, senang mulut berkata 'untuk beribadah kepadaNya'. 'Sebagai khalifah di muka bumi'. Betapa ramai hafal skema jawapan itu. Tapi, jawapan yang sebenarnya terpancar dari perbuatan kita. Usaha kita.
Bermati2an untuk hidup. Atau hidup untuk mati?
Ada orang bermati2an belajar. Untuk mendapat kecemerlangan, akhirnya dapat kerja yang gempaq. Untuk mencari nafkah. Rumah besar, kereta mewah, hidup senang. Mati untuk hidup.
Ada orang bermati2an bekerja. Untuk naik pangkat, gaji besar. Untuk hidup senang.
Ada orang bermati2an bercinta. Lepas satu cinta, cinta yang lain. Tak boleh hidup tanpa cinta. Cinta untuk mengenal. Mengenal untuk hidup bahagia bersama.
Ada orang bermati2an mengumpul harta. Tahi hidung masin, buruk siku dsb. Takut harta habis. Untuk masa depan katanya. Untuk hidup senang.
Tapi... bagaimana jika semuanya ditarik oleh Allah? Bermati2an untuk hidup, tapi ditengah jalannya dimatikan. Adakah kita akan capai matlamat yang kita kejar2kan? HIDUP. Tapi alangkah ruginya kerana kita lupa bahawa kita akan mati. Dan segala yang kita citakan tidak tercapai, bahkan terlepas apa yang dijanjikan; kebahagiaan yang hakiki. Bezakan dengan orang yang bermati2an untuk mati.
Ada orang bermati2an berjuang. Menegakkan keadilan. Mempertahankan kebenaran. Menyampaikan suruhan. Mendamaikan insan. Bermati2an untuk hidup kelak.
Yang lebih hakiki itu adalah akhirat.
Usah jadi anjing yang tamakkan bayangan, akhirnya rugi... Dunia dan Akhirat terlepas begitu sahaja.
Wallahua'lam
Tuesday, June 16, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment