Lemahnya Iman.
Tak mampu berdiri tanpaNya.
Benar. Hati ini, hanya Dia yang mampu mengubahnya. Aku cuba, tapi sukar jika tanpa rahmatNya.
Moga rintihan hati didengari. Oh Tuhan, aku tahu ini adalah salah satu ujianMu. Agar aku lebih dekat padaMu. Tapi Tuhan, janganlah ia memalingkan aku. Biarlah cintaMu mekar bersemi. Supaya aku tetap mengadu padaMu. MengharapkanMu. Tidak takut pada selainMu.
La hawla wa la quwwata illa billah...
Aku rindu. Tapi aku tak pasti samada rindu itu rindu yang sebenar atau tidak. Oh Allah, hanya Engkau yang tahu apa yang baik untukku.
Kerinduan, pada semua. Hari ni phone dah diperbaharui. Cuba telipon kakak di Indo, tapi tak dijawab. Sibuk agaknya. Mama dan Baba roaming, nanti mahal pula. SMS pada abang pula tak berjaya dihantar. Entah kenapa. Aku rindu. Biarlah aku alirkan rindu itu pada tempat yang sepatutnya. Moga mendapat keredhaanNya. Biasalah, waktu exam. OHH. Aahla..lupa pula. Haih, waktu2 begini la perlukan semangat mujahadah yang kuat! Aku pun cuba alihkan perhatian kepada perkara yang bermanfaat.
Terjumpa edisi siasat mengenai 'Rasul' Kahar. Astaghfirullah. Mungkin pak cik ada penyakit tidak waras. Betul (ditambah dengan iman yang lemah). Dengan tidak gentar mengaku dia adalah Rasul untuk kaum Melayu? Aduh, aku pun tidak mahu mengakui. Malu. Begitu tegarnya. Ya Allah, moga dia diberi hidayah. Sungguh aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad adalah Pesuruh Allah. Yang terakhir. Tiada lain selepas Baginda.
Kemudian ku sambung dengan tontonan Sang Murabbi. Waduh, sedap betul. Tak study pun. Haha. Tapi tak pe insha Allah...Allah tahu apa yang terbaik untukku. Asalkan aku tidak lalai dan leka. *ye kee..*. Humm..
Bila mata sudah terbuai dengan mimpi, aku mendapat SMS dari Baba dan Mama. :). Indahnya mendapat ibu bapa seperti mereka. Mereka hanya dapat membantuku melalui doa. *sbb degil sangat budak iniiii*. Ya Allah, kabulkan doa mereka.
Apa pun, hargai masa kita. Hargai waktu sihat kita.
Kalau saja manusia itu benar2 sedar bahawa hidup di Dunia ini tidaklah sebegitu lama yang mereka sangkakan berbanding di Akhirat, aku pasti manusia akan lebih berusaha dan beramal untuk bekalan selepas mati. Apalah erti belajar, bekerja, bercinta, berharta jika bukan kerana hendak mengejar SyurgaNya dan pertemuan dengan Khaliq yang abadi. It will have no value at all!
So kawan2...sedarlah. Janganla ingat nak berseronok n belajar je. Jom kita sama2 mengingati Allah dan saling mengingatkan. Ingat dosa2 yang kita buat, bertaubat. Jangan buat dah. Tak akan tidak dibalas azab siksaNya kecuali diampunkan. Tebus dosa dengan kebaikan. Sekecil2 zarah pun akan diperlihatkan. So there's no meaning to say, 'taknak jadi baik sangat'. Tah2 'tak baik sangat' tu membawa kita pada neraka? Astaghfirullah. Mohon maaf pada sahabat yang pernah dan akan terasa denganku. Kemarahan Tuhan itu lebih aku takuti. Moga ukhuwwah kita adalah kerana Allah...
NAK BERJAYA??? AMAL(ILMU) + DAKWAH + SABAR = KEJAYAAN YANG ABADI!
Tegurilah aku bila aku tersalah. :)
p/s: like.... Iman, gi berusaha and use your time wisely!! daaa~ ^_^
Sunday, June 7, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment