Thursday, June 11, 2009

Kehilangan seorang pejuang.

Baru sahaja selesai mock OSCE. Alhamdulillah.
Ku rasa bersalah. Kerana setelah habis OSCE (clinical test), kami dikurung di dalam sebuah dewan, dan disajikan dengan tontonan DVD. Aku turut menontonnya. Kemudian, setelah dibebaskan, aku dan sahabat pergi mencari makan. Ketika itu aku mendapat SMS dari kak Sue,

"Iman! kenal tak ammar zulkifli? Bdk sri yg amik medic kat mesir. Accident n meninggal..".

Seketika aku mencari nama itu di dalam fikiran. Oh, dia! Aku kenal. Inna lillahi wa inna ilahi raji'un. Terkesima, sehinggalah mak cik cafe menegurku. Dia adalah sahabatku di SRI Aman. Sama umurnya dengan ku. Telah meninggalkan dunia yg fana' ini di usia mudanya. Astaghfirullah. Mungkinkah aku juga bakal dijemput olehNya? Astaghfirullah. Sedih dan menginsafi. Terus kurang seleraku untuk makan. Moga dia digolongkan dengan para shuhada'. Bagaimana aku ketika saat kematianku nanti?

Kemudian sahabatku yg lain di Mesir pula menghantar msg. Baru ku tahu, dia meninggal setelah pulang dari melihat tempat untuk berprogram. Alhamdulillah. Perjalanan yang baik. Insha Allah, ku yakin Allah akan memberinya ganjaran yang baik.

Ku kenali allahyarham ketika di bangku sekolah. Pertama kali ku kenal rasanya ketika penyampaian hadiah. (kami kelas yang lain ketika darjah 2 & 3). Tapi dia adalah antara top 5 dalam batch kami. Dan kemudian dinobatkan sebagai Ketua Murid tahun 2000. Kemudian kami berpisah. Paling terakhir terserempak di INTEC, mungkin. Bila baca tribute yang dibuat oleh sahabat2, aku akui ketinggian akhlaknya, kerana sejak dahulu dia begitu.

Kematiannya sangat memberi kesan. Awal tahun ini juga ada sahabahiah dari INTEC (yang belajar di Tasmania) meninggal dunia akibat kemalangan. Tapi mungkin kerana tidak begitu mengenalnya, jadi taklah begitu terasa.

Hummm..sudahlah aku juga seorang driver yang agak reckless. uwah!! Bahaya. Tapi, itulah, hanya Allah yang Maha Kuasa atas segalanya. Mungkin kita sudah berjaga, tapi pemandu lain pula yang berbahaya. Perlu bertawakkal setelah keluar rumah. Supaya sentiasa dijaga. Cuma, jika sudah tiba masa kita, apa lagi perlu dikata. Sentiasa istighfar dan ingat padaNya. Jangan, jangan sesaat engkau lupa padaNya, Iman! Hmmm...

Moga bila saat rohku diambil kembali, ia diambil sebagai syahidah.

-- Allahumma aghfirlahu wa arhamhu wa 'afihi wa'fu 'anhu --

p/s: umur kita bukanlah pasti akan menjangkau 50an, 60an, 70an. Jadi, beramallah selagi boleh. jadilah pejuang terhebat untuk berjumpa denganNya. Tazkirah untuk diriku yang sering lalai.
Maafkan daku andai pernah tersalah..

Cerita dari mereka di Mesir: http://ayuamiza.blogspot.com/
Dibawah blog beliau..(sayunya..)
Allahyarham akhi ammar

3 comments:

Azah said...

Al-Fatihah utk Ammar...

Aqilah Amin said...

ya allah...innalillah.
ayah finaz kwn baek kte pon baru meninggal semlm. ={

SyaHeeDaH Al-ImaN said...

yeke..innalillah..
cane kawan awk..