Thursday, September 11, 2008

Sahabat karibku..

Semalam, sedang berjalan sendirian diri termenung dan berfikir...terasa kesunyian ketiadaan sahabat di sisi...

Kemudian selepas solat Terawikh, Ukhti Hanan memberi tazkirah mengenai Al-Wadud (Maha Pengasih).
Allah itu Maha Pengasih, bukan sahaja sang Pencinta, tetapi seorang Pencinta yang menunjukkan dan membuktikan kasih sayangNya melalui rahmatNya...

Apakah aku ini hanya seorang pencinta atau seorang pengasih? Sungguh masih ada kekurangan.
Diri terfikir juga, bagaimana hendak mengadu pada Allah. Rasa kekurangan apabila aduan tidak mendapat respon. Aku inginkan seorang sahabat! (Kerinduan Hanisah, Wanie, Khaulah, Yam)
Tetapi, Allah telah memberiku jawapan melalui Hanan...Dia katakan, adulah pada Allah...Adulah padaNya ketika kau bersedih dan bergembira. Meski pun tiada jawapan yang syahadah, tetapi dia akan mendatangkan balasan dalam keadaan yang tidak diketahui. Dia Maha Pengasih, tidak akan membenarkan kita bersendirian. Dia MAHA PENGASIH, sang Pengasih yang terbaik untuk kita harapkan. Malah, dia juga Al-Wakil, kepadaNya tempat yang terbaik untuk berserah diri (tawakkal).
Hmm, rupanya tak mustahil untuk menjadikan Allah sebagai sahabat sejati, cinta sejati kita.
Diri ini tersentuh dengan lagu Rapuh. Diri telah tidak setia pada Allah. Ampunkan diri ini ya Allah..

Tersentuh juga, bila dikatakan, jika diri dicintai Allah, seluruh alam juga cinta pada diri. Oh, seronoknya hidup dalam kekayaan kasih sayang seluruh makhlukNya! Tidak lagi diri merasa tidak berharga dan tidak dihargai.

Hari ini, diri berjaya. Ketika malam, diri mengadu padaNya dan berdoa untuk keluarga. Itu saja yang mampu dilakukan bila kerinduan. Ketika berjalan sendirian, diri mengadu lagi padaNya. Mengharap diri diterima dan diampunkan. Agar bersemi cintaNya di hati yang telah lama gerhana.

Tahniah Iman! Semoga dirimu menjadi yang paling berharga.

Buat temanku, maafkan daku. Semoga Allah mentakdirkan kita bertemu. Bukan demi cinta yang semu. Tetapi demi cinta Allah yang teguh.

Astaghfirullahal 'azim...
Wallahua'lam

2 comments:

Aqilah Amin said...

huu. alhamdulilah.
awak dah makin kuat. =]
kte slalu doakan awk. walaupon dr jauh. moge2 awk berjaye n bahgie dunia n akhirat. insya allah. amin.

waniBadri said...
This comment has been removed by the author.