Monday, September 1, 2008

Ramadhan :)

Pendaftaran ke madrasah Ramadhan telah pun dibuka sejak Rejab...Alhamdulillah kita diberi Rahmat Allah dan kesempatan untuk memasukinya, pentarbiyahan yg disediakan oleh Allah...ketika hati paling bebas dari hasutan Syaitan...pintu-pintu Syurga dibuka, dan pintu Neraka ditutup...Roh dan jasad di alam barzakh dan kubur direhatkan dari azab kubur...

Madrasah yang penuh dengan kebaikan..

Cuma kini bermula peperangan antara Iman dan Hawa'...Berjayakah Hawa' ditewaskan? Sebagai bukti kekuatan Iman dan persediaan memperkuatkan Iman sepanjang 11 bulan selepas 'graduation' dari madrasah ini untuk menempuh dunia luar yang lebih mencabar...

Astaghfirullah...astaghfirullah...semoga aku menjadi antara mukminah yg solehah...Semoga segala ibadah diterima...

Hari ini, tazkirah tentang azab kubur...Rasulullah tidak pernah lupa untuk berdoa agar dijauhkan dari azab kubur...Suatu yang pasti dan tidak mustahil, yang hanya didengari oleh Rasul dan haiwan-haiwan...Siksaan kubur bagi mereka yang tidak mengamalkan apa yang dibaca dari Al-Quran, berzina, makan riba', menyebarkan fitnah, tidak menjaga kebersihan setelah membuang air kecil dll...(adakah salah satu yang telah ku lakukan?)

Moga ku mati dalam husnul khatimah...Ameen.

No comments: