Saturday, September 13, 2008

Kifarah...

[[2:155-157]] --- Dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan, dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar; orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka berkata "Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un". Mereka itulah yang memperoleh ampunan dan rahmat dari Tuhannya, dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk.


Teringat suatu kisah ketika mama diberitahu mengenai seorang kawanku yang ditimpa kemalangan di Mesir oleh seorang ustaz yang juga pesakitnya. Lalu mama berkata "Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un"...Kemudian si fulan tu berkata "Kenapa? Dia belum mati lagi"...Mama tertawa, dan katakan bukankah kalimah itu dikatakan bila ujian melanda? (diceritakan kembali oleh mama)

Tapi, paradigma orang Melayu, kalimah itu hanya disebut apabila seseorang meninggal dunia. Allah menggalakkan malah menyukai (dengan memberi rahmatNya) orang-orang yang menyebutnya apabila musibah melanda, supaya kita sentiasa ingat bahawa segalanya datang dari Allah. Dia Maha Kuasa dan Maha Bijaksana dengan segala apa yang diberikan, termasuklah ujian. Dan hikmahnya, untuk membezakan antara orang2 yang sabar dan yang tidak.

Hmmm...(lagi tapi) jangan pula jadi seperti apa yang dikatakan oleh Allah;

[[10:12]] --- Dan apabila manusia ditimpa bahaya da berdoa kepada Kami dalam keadaan berbaring, duduk atau berdiri, tetapi setelah Kami hilangkan bahaya itu darinya dia kembali (ke jalan yang sesat) seolah-olah dia tidak pernah berdoa kepada kami untuk bahaya yang telah menimpanya. Demikianlah dijadikan terasa indah bagi orang-orang yang melampaui batas apa yang mereka kerjakan.

Jadi, jadilah orang yang bersabar dan bersyukur apabila ditimpa ujian (musibah atau nikmat). Ingatlah ganjaran yang besar diganjarkan; ampunan dan rahmatNya!!
Jangan jadi kacang lupakan kulit!..( ونعوذ بِالله من ذالك)

Sentiasalah berdoa agar kita kekal disirami dengan rahmat dan hidayahNya..ameen

p.s: Diri sakit ni, kifarah dosa untuk diri...Astaghfirullah...Ampunkan hambaMu yang sering lalai ini, ya Allah.

Wallahua'lam

No comments: