Friday, November 6, 2009

Risk taker

Are u a risk taker, or not?
Kita hidup kat Dunia ni, kena berani mengambil risiko.
Kalau nak keluar rumah, bermakna kita berani mengambil risiko untuk meninggalkan rumah...
Bila nak lintas jalan, kita berani mengambil risiko untuk dilanggar kereta...
Nak memandu, kita berani mengambil risiko untuk mengalami kemalangan....mungkin hanya sekadar cedera, atau mati....
Nak pergi periksa, kita ambil risiko untuk gagal.
Masuk pertandingan, kita ambil risiko kemungkinan kita kalah....

Bermacam2 lagilah risiko. Tapi, kita berani menghadapinya. Apatah lagi peperiksaan.
Ada ke orang cakap, "Saya takutlah saya gagal, jadi saya tak nak amik peperiksaan.". Fikir, mungkin pernah. Tapi tu pun mungkin hanya gurauan..
Siapa yang berani mengambil risiko...tahniah! Anda seorang yang berani (tQ2~).

Tapi, bukan buta2 kita berani ambil risiko tu.
Di sinilah kita 'implement'kan konsep usaha dan ikhtiar.
Pepatah yang suka saya gunakan, 'Mengikat tali unta'..

Sebelum kita keluar, walaupun kita berani mengambil risiko untuk meninggalkan rumah, tapi kita kunci pintu dulu.
Sebelum kita lintas jalan, kita pandang kiri kanan untuk pastikan tak ada kenderaan lalu.
Semasa memandu, kita berhati-hati sehabis mungkin supaya tak melanggar orang dan tak dilanggar. (err, insha Allah saya akan pastikan saya buat itu)
Sebelum peperiksaan, kita belajar bersungguh-sungguh; ulangkaji, buat latihan.
Sebelum pertandingan, kita berlatih bersungguh-sungguh agar persembahan kita adalah yang terbaik dan cantik.

Sudah... itulah usaha kita. Tapi, risikonya masih ada.
Kemungkinan seorang pencuri yang berPhD dalam pencurian mampu membuka kunci pintu kita.
Kemungkinan sebuah kenderaan dibutakan oleh "optic disc - titik buta" kita, lalu kita dilanggar.
Kemungkinan sebuah kenderaan lain yang tak berhati-hati melanggar kereta kita.
Kemungkinan kita tersalah tanda jawapan dalam kertas jawapan.
Kemungkinan kita ada anxiety disorder semasa membuat persembahan.

Banyakkan risikonya?
Di sinilah datangnya aplikasi... Tawakkal...
Memang segala apa yang kita buat, ada risikonya.
Bermacam-macam. Dalam bercakap, ada risiko menyakiti perasaan orang. Dalam berkawan, ada risiko terguris dan bergaduh. Dalam menyampai, ada risiko kita menjadi 'blank' atau isi tidak dicapai.

Walaupun begitu, setiap hari, kita ambil juga risiko segalanya. Kita berani. Kerana, itulah gunanya kita ada mulut, ada kaki, ada tangan, boleh berjalan dsb.
Itulah gunanya kita pergi sekolah, beli kereta, pergi kedai atau kerja.
Mengambil risiko, untuk menghadapi periksa supaya dapat sijil.
Mengambil risiko, untuk pergi kerja supaya mendapat gaji.
Mengambil risiko, untuk ke kedai membeli makanan untuk mengisi perut.
Dan banyak lagi....

Tapi....
Berani tak saya menghadapi risiko dalam menyampaikan perkara yang baik?
Berani tak saya untuk berbangga dengan Islam dan Iman saya?
Berani tak saya untuk tetapkan pendirian saya ketika sendirian?
Berani tak saya nak buat baik di kala orang memperli?
Mengapa tidak keluar, "Kerana itulah gunanya kita dihidupkan..".

Walaupun berani, semua orang semestinya tak nak risiko. Sebab itu mereka sangat berusaha, berusaha untuk menjauhi risiko-risiko tadi.
Begitu juga dengan iman, jangan kita berani-berani 'menguji' keimanan kita, "Nak test power iman aku jap...(pastu pergi club)".
Elakkan risiko ditarik syaitan... kerana syaitan itu sentiasa menanti saat graf iman kita di 'turning point concave'nya.

Tapi, pernah terfikir dan terfikir tak, dalam tidak mahu menghadapi risiko walaupun berani mengambilnya, kenapa ramai orang masih dengan rela hatinya mengambil risiko untuk dimurkai Allah (Neraka, wa nauzubillahi min zalik)?
Tepuk dada, tanya iman ;)

Ya Muqallibal qulub, thabbit qulubina 'ala deenik.

Allahua'lam

No comments: