Wednesday, November 18, 2009

Hidup..




Terkadang..
Mahu saja aku lari.
Ingin sendiri.
Tak mahu lagi disakiti;
Sakit berkorban.
Sakit disakiti.
Sakit dilupai.
Tapi, apa gunanya hidup jika untuk bersendiri?

Sabar.. Sabar itu jawapnya.
Tapi bila aku mampu punyai sabar?
Sabar.. Sabar menanti sabar.
Itulah sabar.
Menghadapi dunia sebenar,
begitulah engkau akan mendapatkan sabar.
Sendirian tidak akan membantu,
kerana realiti tidak seindah teorimu.




Berkorbanlah, jika engkau harus.
Bersabarlah, hanya itu cara hati diurus.
Beristighfarlah, moga engkau menjadi tulus.
Berdoalah, moga engkau di jalan yang lurus.

Diri,
Qul, 'Hazihi sabili'.
Katakan, 'Ini jalanku!'.
Jalan yang mengajak kepada Allah.
Dengan YAKIN. [[12:108]]
Tetap teguh, tak berganjak.
Astaghfirullah.
Moga dijauhkan dari bisikan yang jahat,
Aku bukan insan yang kuat,
Punya kekurangan yang mungkin terpahat.

Ya Allah,
Tetapkan hatiku.
Sabarkan hatiku.
Yakinkan hatiku.
Baikkanlah diriku,
Tampunglah diriku,
Dari segala kekurangan diri,
Dari segala kejahatan hati.

Ingin aku lari, tapi ke mana?
Larilah, tapi bukan daripadaNya.
Sebentar saja, jangan lama-lama.
Kerana hidup bukan selamanya.
Punya misi dari Yang Esa.

Astaghfirullah...astaghfirullah.

...Biar aku pergi, lain aku kembali...



No comments: