Monday, November 2, 2009

Hari yang membengangkan...

So many things happened.
Dr Asri ditangkap JAIS? Kerana memberi taklim kepada jiran2nya dan saudara2 seIslamnya.
Ya Allah.. apo kojo eh jang?
Tak faham betul.
Tak pernah-pernahlah pulak...
Walhal Dr Asri tu bagi ceramah kat rumah dia. Isinya pun saya tak rasa ada perkara sesat, Insha Allah.
Dengan dia sebagai penulis jemputannya lagi.
Tak munasabah betul.
Dengar khabarnya, 40 orang polis datang 'menjemput' beliau. Masha' Allah. Apakah yang digeruni?
Saya sungguh tak faham! Nah, apa lagi hujah yang anda nak bagi? Adilkah begitu?
I so dont want to talk about politics. But....huh. Saya rasa Pak Cik 'Rasul Kahar' tu pun tak ditangkap sehebat begini, walhal lebih ternyata sesatnya.
Saya sayang negara saya, dengan syarat ia diundangi oleh Pemerintah Islam yang adil. A.D.I.L
Tak kira parti mana, asalkan itulah syaratnya:
1) Islam. (Setakat nama Islam, a BIG NO! Saya nak islam as a verb!)
2) Adil dan mengasihi rakyat.
3) Bijak dan bertanggungjawab.
4) Tiada sifat AL-Wahnu = Tak merasuahi dan membutakan manusia dengan hedonism!
---ee, malulah kalau kita merendahkan maruah kita hanya kerana hiburan! Wa nauzubillahi min zalik!
Di mana orang-orang yang berpotensi seperti Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Umar Alkhattab dan lainnya?
Tak pernah gah dengan harta, tapi kepimpinan yang hebat, marvellous! Masha' Allah.
Berikan saya nama siapa yang ada ciri2 ini.

update terbaru:
menarik bila seorang kawan mengingatkan tentang mematuhi peraturan....ada betulnya juga.
saya pun tak tahulah. Allahua'lam. Cuma, terkejut perkara ni tiba2 berlaku.
Walhal Dr Asri itu boleh dikatakan seorang tokoh terkemuka yang telah dikenali.
Macam tu, lepas ni, orang nak bagi peringatan pada orang ramai susahlah.
Hukum begini kemain pesat dijalankan, tapi hukum yang lebih penting, diabaikan?
Perkara sabotaj mensabotaj? Biar Allah sahaja yang menjadi hakimnya. Siapa yang bersalah, senang, Allah akan hukum, Insha Allah.
Allahua'lam..


Apa lagi?
Geram dengan Israel.
Teringat vice chancellor's debate mingguan yang lepas.
Oh, sangat berang.
Sibuk mengkaburi orang yang Islam ini yang jahat. Palestine itu bersalah. Hamas itu mengganas.
Ya Muntaqim. Walau mereka berjaya dengan helahan tipuan mereka hari itu, tapi Allah tetap akan berjaya dengan perancanganNya.
Hari ini, baca berita tentang Palestinian berjaya menggodam sistem Israel. SubhanAllah. (Tapi, tak tahu beritanya bila...)
Tiba2 terjumpa, Israeli meng'hack' group cause dalam Facebook, 'Israel is not a country...'. Hah! Group itu rupanya berjaya. Lebih 4000 members di delete.
I really hate this site, sbb dia punya ads.. tp, nah, bacalah..
SAYA TAK SUKA

Lebih baik begini.
Bengang kerana memikirkan hal ehwal Islam, dari sibuk melayan syaitan dan perasaan2 yang tidak membantu Islam pun.

No comments: