Kadangkala diri sedar hidup ini tidak lama,
Matlamat ialah pengakhiran kita...
Tapi, sebentar saja hati berbalik semula,
Kembali kepada dosa yang lama...
Diri takut akan begini keakhirnya...
Tidak, tidak! Alhamdulillah, diri tersedar semula...
Oh, sukarnya meneguhkan hati kepadaNya...
Wahai Pencipta segala makhluk dan semesta,
Jangan Engkau lepaskan hamba,
Dari benteng menghampiri leka...
Sentiasa mengharap akan hidayahNya,
Agar terus berada di jalan yang sama,
Iaitu jalan yang tiada murka...
-Nukilan Al-Iman-
Thursday, October 30, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment