Wednesday, October 22, 2008

Allah Maha Kuasa

Bermula pada 21-08-2006 lalu,Sebuah Gereja di Damansara telah mengedarkan Kitab Injil dalam bahasa Melayu dinamakan AL-KITAB. Jangan Terpedaya dgn kitab ini.Dalam pada itu 3 jenama Air mineral juga telah di edarkan dan telah berada di pasaran.Air Mineral tersebut ialah BESTARI,AL-BARAKAH dan AL-MANSUR. Air mineral ini dikatakan telah dicampurkan dengan HOLY WATER (Air jampi Kristian).Sesiapa yang minum air ini tidak dapat MENGUCAP DUA KALIMAH SHAHADAH. Ingat !!!!!! Jangan ambil air ini sekiranya diberikan secara percuma.

Hmm..pernah dapat tak 'email' layang macam ni?...
Minum Holy Water membuatkan kita tidak boleh mengucap? Iye ke...ada study ke menunjukkan benda ni?...
Apa pun kat sini, diri nak ingatkan...bahawa segalanya Allah yang tentukan..LA HAULA WA LA QUWWATA ILLA BILLAH...
Segala penyakit, ujian, kejayaan dsb adalah dari Allah...jadi, tak usahlah nak mempercayai benda2 karut mcm takal, jin, surat layang dll lagi...Semua ini termasuk dalam syirik..
Ana rasa...kalau iman dan pergantungan pada Allah sangat kuat, takkan terganggu diri dek perkara2 sebegini...kalau tak kuat iman, tak minum Holy water ni pun tak leh mengucap jugak. Ye dak?...Semuanya biiznillah...

Teringat masa kecik2 dulu (darjah 2)...still innocent dan 'lurus bendol'...ada la dapat surat layang ni...yang kandungannya zikir2 (rsnya la)...yg pasti, ada kisah2 pasal akibat orang yg tak menyebarkan dan yang menyebarkan surat tu...dah la kena bg kat 7 org! Disebabkan kelemahan iman (sbb tak faham lg ms tu...), ana pn nak sebarkan jugak.. Takut terkena musibah macam contoh2 dalam surat tu. Tp nasib baiklah mama baca...ye la kan, nak fotostat kena mintak duit dgn mama. Jadi, mama pun cakaplah jangan percaya benda karut macam tu, sbb surat tu tak leh bg mudarat pun....Hanya Allah yang berkuasa memberikan kemudaratan atau keselamatan...Dahlah tak ada syariat yg mewajibkan penyebaran surat tu...Tp, nak dijadikan cerita, disbbkan ketakfahaman dan kedegilan, ana pun nangislah...sbb mama pegi bakar surat tu!! hahaha....but, Alhamdulillah...tak de apa2 pun berlaku :)..Sebab Allah yg menentukannya...

Jadi, bclah sentiasa ma'thurat...yg mana terkandung doa " Bismillahillazi la yadurru ma'a asmihi syaun fil ardi, wa la fis sama'i wa huwa assami'iul basir ".. (Lupa lak maksd asmihi...haa..check sendiri maksud doa ni :D)

Dan surah Al-'Alaq yang diturunkan kpd Rasulullah tu pun blh djadikan doa perlindungan dari sihir dan ilmu hitam (Diturunkan sms Rasulullah terkena sihir 'witch' ms zaman Baginda)...Bacalah maksudnya...kalau tak faham maksud, macam mana kita nak hayati, kan?...

Akhirnya, mintalah perlindungan dengan penuh harapan dan takut...kemudian bertawakkallah sepenuhnya kepada Allah...Dialah sebaik2 Pemberi Perlindungan (AL-WALI)

Elakkan dari segala kesyirikan...Allahlah tempat segala pergantungan, dan Dialah yang paling berkuasa.

Wallahua'lam...

No comments: