Thursday, December 3, 2009

Ways you don't know...

Allah makbulkan doa dalam pelbagai cara yang menarik, tanpa kita sedar.
Walaupun tak direct, tapi.. SubahanAllah Allah tu Maha Pemakbul Doa hamba-hambaNya yang beriman, Insha Allah.

Semua orang pasti ada ceritanya tersendiri...
Menarik bila dimuhasabah.
Lagi2, kalau doa itu doa kebaikan... dan kita bersungguh. Allah pasti kabulkan.
2, 3 hari kebelakangan ni, saya banyak menghabiskan masa dgn sahabat2 kat Melbourne City sementara menanti hari kepulanganku ke Malaysia (wuhuu, malam ini insha Allah).

Banyak cerita yang saya pungut,
Antaranya, ada seorang kakak ni (eheee, pinjam cite..de-identified ni) cerita bagaimana ibunya berjumpa jodoh. Ibu kakak tu kata, dari dulu dia mendoakan agar dapat kahwin dengan seorang architect (de-identified for confidential purposes), dan Alhamdulillah, cita2nya dimakbulkan Allah... Allah pertemukan dengan seorang architect, dan mereka hidup bahagia selamanya.

Seorang 'mak cik' pula bercerita, dia susah nak bangun malam, jadi dia berdoa pada Allah agar dipermudahkan untuk bangun malam..
Dan, subahanAllah, Allah munculkan anak mak cik tu mahu bangun malam, walhal baru berumur 6 tahun, yang marah teruk bila tak dikejutkan. Masha' Allah..

Saya pula? Huee.. banyak doa saya.
Tapi, terbaru, saya tengah drive, tiba-tiba terasa mahu pergi ke suatu tempat yang jauh. Saja, nak berjalan2 dgn sahabat2. Saya mmg suka travel. Saya ajak pergi Ballarat, sebab dah on the way (masa tu ke airport). Tapi, semua tak nak pergi, saya pun ajak main2 aje.. 'Takde keje'. Hasrat ku pendamkan.
Ditakdirkan Allah, petang itu, kami pergi mengambil seseorang di Tullamarine airport, rupanya tersalah airport. Terpaksa kami ke Avalon (which is about 40 - 50 mins) dari Tullamarine. Wah, seronok tak terhingga. Impian tercapai. Heee, walaupun penat, tapi saya sukaaaa.




Apa lagi yang saya minta?
- ubah perangai2 buruk saya...
- lebih teratur...
- tak kuat terasa...
- kurniakan.... ehek.
--- bagaimana ye Allah datangkan penyelesaiannya. Hurmmm.. =D menanti dengan penuh kejutan.

Kesimpulannya................
Apa yang kamu nak, mintalah pada Allah. Nak result gempaq? Nak jadi PM? Nak suami yang kaya raya (tapi, bertaqwalah kan...)? Mintalah, Insha Allah pasti Allah bagi.
Tapi dengan syarat, bersungguh, jadi hamba yang baik dan sabar...

Allah berfirman yang bermaksud:
".....Barang siapa bertaqwa kepada Allah nescaya Dia akan membukakan jalan keluar baginya,
dan Dia memberikan rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan barang siapa bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusanNya. Sungguh, Alah telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu." [[At-Tahrim, 65 : 2-3]]

Aiyoyo...
Tapi jangan pula minta benda yang langgar syarak & Dunia semata. Tak senonoh betul.
Plus plus, rugi diri sendiri!
 Firman Allah fil Quranil Kareem (mafhumnya):
"Barang siapa menghendaki kehidupan dunia dan perhiasannya, pasti Kami berikan (balasan) penuh atas pekerjaan mereka di dunia (dengan sempurna) dan mereka di dunita tidak akan dirugikan.
Itulah orang-orang yang tidak memperoleh (sesuatu) di akhirat kecuali neraka, dan sia-sialah di sana apa yang telah mereka usahakan (di Dunia) dan terhapuslah apa yang telah mereka kerjakan." [[Hud, 11:15-16]]

Mintalah benda yang baik2.. Bawak2lah beringat akhirat tu.. Asyik nak benda kat Dunia je, berfikiran pendek betul. *youch, but, that's the truth*
So, nak minta perkara kat Dunia ni, biar seimbang dengan Akhirat. Bukan 50-50, kalau boleh 100% Akhirat, pilih benda yang 2 in 1 orang kata.. Akhirat tu mesti ada.
(Ayshh, bosanlah asyik cakap pasal akhirat je. Enjoy dunia tak habis lagi)


Kenapa kita ni berbeza dengan orang yang tak beriman?
Sebab kita yakin ada kehidupan lepas ni yang menanti....
Syurga Neraka itu wujud, setiap perbuatan akan diberi balasan.
Dan...Al-Quran itu adalah dari Allah.
Words of Allah.
Tul kan, Iman?? *yeaa, ask ur iman*
Insha Allah, moga Allah beri hidayah pada kita sentiasa.
Taqabbal minna ya Allah.

Reflect yourself.  
(eventhough you didn't get things the way you want, but still HE gives you only the best)

Feel how loving is Allah to you? 

But, how are you to Him?

No comments: