Friday, December 18, 2009

new experience gained

Hari ni 2nd time ikut serta dalam sunathon.
Tapi, lebih bermakna dari yg dulu.
Masa pertama kali ikut, i was otw ke kenduri kahwin orang... So, dah pakai lawa2, macam malu pula nak pergi majlis orang kotor2.. So, assist pun dari jauh je.
Kali ni, buat kat sekolah Bachok, anjuran kelab pelajar perubatan USM KK.
Baba ajak, mulanya tak nak ikut sebab ada tempat lain mahu dituju...tapi, bila fikir boleh cuba belajar mengkhatankan orang, so ikut la juga akhirnya.

Pagi2 sampai, budak2 beratur sebarisan... Selepas doa dibaca, seorang pegawai suapkan manisan pada setiap orang yang nak berkhatan, isterinya pula menyapu muka diorg dengan daun pandan yang dibuat macam berus dicelup air. Entah apa significantnya, Allahua'lam, tak rasa pun perlu.

Lepas tu, setupkan LCD, audio dan sebagainya, cuz Baba nak berceramah sedikit kepada adik2 tu, tunjuk video dan sebagainya, diakhiri dengan ikrar yang sedikit sebanyak berbunyi:
Bismillahirrahmaanirrahim,
Dengan ini saya berikrar untuk:
1) mentaati Allah dan Rasul, mengikuti perintahnya, meninggalkan larangannya.
2) Menambahkan kefahaman tentang Islam supaya saya dapat menjauhi zina.
3) Tidak melakukan perkara yang mendekatkan diri kepada zina.
dsb. (nanti copy paste dr slide...)

..Anda Bijak Jauhi Zina..

Maka, sesi khatan pun bermula...
Nak tahu macam mana keadaan tempat berkhatan jamaie ni?
Dibuat dalam bilik darjah. Meja2 sekolah disusun, seperti katil.. Kemudian dialas dengan plastik. Dialas di atasnya sedikit surat khabar. Bantal disediakan. Tingkap2 ditutup, tapi, masih ada yang boleh mengintai... Alas sekeliling patient dengan kitchen towel.
Sterile? U would never imagine... tak ada "green" area. 

Mula2, kaku tak tahu nak buat apa. Sebab yang lain sudah mula bekerja. Orang ini pula tak tahu nak buat apa... haishh, terasa kerdil pula. Baba pula sudah memulakan kerjanya, mengajar anak2 muridnya..
Tak ada kerja nak buat, saya pun menyibuk kat meja budak2 yang menangis. Mengamuk, meraung..semua ada.

Kesian tu memang ada... Tak tahu rasanya macam mana. Orang yang lalui je boleh faham. Rasa tak layak pula untuk memujuk, "Tak de apa la dik, sikit je...".
Sesetengah ada mak ayah yang meneman mereka, memujuk, memerli dsb...
Tapi, sungguh.. waktu itu nak je kata, "haaa dik, rasa sakit, kan? Bayangkanla mak awak dulu susah payah beranakkan awk...lagi sakit..". Tapi, tak terkeluar pula. Plus, kena kecek kelate..tu yg leceh tu. hehe.

Tapi, sempat juga menasihat seorang adik yang meraung sampai keluar perkataan2 tak baik...
"Inila nak ajar sabar, kuat....".
Hueee... kalau sunat pun tak tough, mana perginya kelakian?
Rasanya umur diorg 9-14 tahun. Kat sekolah berani buat nakal, tapi meraung2 nak sunat (sebenarnya LA tak berapa bagus, tak tahan lama...tu yg depa sakit. kuang3)
Saidina Ali dulu masih remaja ketika dia menggantikan tempat Rasul.
Ramai lagi sahabat2 Rasul yang muda2 sudah berperang, dicederakan, dibunuh dsb.

Inilah ujian buat kaum lelaki... Kaum wanita, lain pula jenis ujiannya.
Yang akan mendidik kelakian mereka.
Mama pula kata, khatan ni bagus buat semasa usia dah besar sikit. Supaya sedar dan rasa sakit melalui hari2 sehingga sembuh, barulah rasa menghargai. Barulah rasa tanggungjawab menjaga... menjauhi zina.

Next session, petang, dapat assist Baba menyunat orang.. dapat cuma 2 orang.
pertama, seorang adik ni, yang sepatutnya sesi pagi. Tapi, lepas cucuk bius, meraung sakit, tak duk diam, jadi diberi masa untuk berfikir... Petangnya dia datang, tapi specially request mahu "doktor yang pakai spek" a.k.a Babaku. Kelakar. Baba pula suka menyakat...
Diberi pegang artery, Baba ajar banyak benda hari ni... Tempat inject LA, cara nak potong, cari punca darah, cara tie artery n jahit, 'gunting 1M' dsb...
Barulah rasa semangat. Rasa mampu handle darah yang banyak...Huh, tiba2 rasa seronok pula jadi surgeon!

Errr, pengalaman yang tak best..
Petang tu apron dah habis sebenarnya... So, tak ada protection pada pakaian...
Tengah Baba menge'tie' stitches, terpercik darah kat muka n tudung. Euwwwwww. Geli geleman. Tapi nasib baik sikit je.. hek, bahaya2...patutnya pakai goggle.

Perkara yang saya sesali; unsterile condition. Buat beramai2... udara terbuka... lalat terbang melata... isk...
tapi, harapnya Allah beri keberkatan usaha dan beri perlindungan dari penyakit berbahaya insha Allah.

Satu lagi perkara yang saya kagum dengan my dad is... dalam menyakat2, dia suruh budak2 tu mengaji, baca al-fatihah ke, an-naas dll... itulah cara yang 'simple' untuk kita sebarkan kebaikan... tak semua nasihat macam tu, percayalah!

So, walau di mana anda berada dan apa jua yang anda buat.... SEbaRkan kebaikan~ ^__^
Let's do MLM!

(i didnt have the opportunity to take some pics in the 'surgery room'...what a waste)

No comments: