Wednesday, May 20, 2009

Puteraku Al-Farouq



Penghibur laraku...
Hari ini sudah 3 bulan 18 hari usiamu...
Seronok. Semua pun sibuk dengan perkembangannya.. Mengadu, bergelak, bergolek.. Segala diperhatikan.

Memanglah anak kecil itu penenang jiwa.

Teringat ketika dia baru lahir. Semua orang gembira. Datuk nenek keempatnya... Makcik pakciknya...

Mamaku apatah lagi. Sangat seronok dah jadi nenek. Dalam usia yang muda, siapa sangka Mama rupanya sudah punyai cucu!

Suatu ketika semasa berjalan ke pasar bersama Mama dan kakak, ternampak seorang budak sekolah rendah membibit beg melintas jalan. Mama tiba2 bersuara, "cuba bayangkan Umar nanti besar tu, bw beg sekolah. Comelnya..". Hehe. Masa tu Umar baru beberapa hari lahir. Kelakar. Macamlah Mama tak punyai anak kecil dulu.. :)

Hari ini rindu nak tengok Umar. Skype saja yang Tanti mampu. Nasib baik babanya sanggup bukakan skype..terubat hati yang sedang gundah gulana ni. Heee.

Mama Umar nyanyikan lagu kegemaran Umar...
"Satu, satu.. Umar sayang Allah.
Dua, dua.. sayang Rasulullah.
Tiga, tiga.. sayang Baba Mama.
Satu, dua, tiga sayang semuanya.."

Umar cuba nak nyanyi sekali, tapi tak ada suara. Kesian. Suara Umar hilang sebab batuk. Hari tu Umar demam. Dah pergi klinik, dapat antibiotik. Umar tak suka makan ubat tu. Tapi lepas 2 hari, Umar batuk teruk. Macam tak dapat nak nafas. Mama Baba Umar bawa Umar pergi klinik. Lepas doktor puas buat 'investigation'nya, rupanya Umar kena pneumonia. Tp Alhamdulillah hanya mild..

Sekarang dah kebah sikit kan demam Umar?..Cuma suara je belum kembali.
Tak boleh nak mengadu seperti selalu. Hehe.
Tak pe Umar, kami faham :)
Moga suara Umar kembali semula... Semua rindu dengar suara Umar yang comel tu!
Tanti paling rindu nak dengar Umar bersin.. Hehe.
Pics taken today:
Umar dalam buaian Daris (2pupunya)


Baba suruh Umar duduk sendiri!!


Weee..saya dah boleh niarap. Kuat betul Umar :)

Pics taken 16/05/09:
Umar dengan Baba Tok.


Umar, Baba Tok, Wan Nyang..


Amam kacau Umar tidur.. Pengubat rindu dia berjauhan.

Selamat malam bintang kecilku. Moga esok dikau bangun membawa seribu keceriaan dan semangat baru.
Umar Al-farouq..



Allahumma faqqihu fiddin... ameen.

p.s: tak pandai nak mengedit2 gambar ni~ haha.

2 comments:

Anonymous said...

Salam,k.iman!! Wah, dh besar dh die ek?? Ms mule2 lwt kt an-nisa x tau pun cam muke sape...Skunk ni comel sgt...Lg comel dr mak cik die (jgn mare,hehehe!!)

SyaHeeDaH Al-ImaN said...

Hehe. Comel? Alhamdulillah...hehe.
sekarang pun tatau muke sape. haha. pelik...