Friday, January 29, 2010

Kerja amik hati

Zaman sekarang ni tak habis2 dgr ampu mengampu, bodek membodek, rasuah merasuah..
Kenapa? Semua kerana satu sebab; nak ambil hati...
Kenapa ye nak ambil hati? Sebab kita nak something dari orang tu. Betul dok?

Sampaikan kalau kita buat baik kat orang, mesti orang pelik dan akan bertanya, "hang ni buat baik ni mesti ada apa2. hang nak apa?".
Sehinggakan kebaikan yang kita buat tu seakan tidak ikhlas. Isk2... Gitu skali na?

Macam mana ye, nak ambil hati sambil ikhlas? Ambil hati ni mestila dengan buat benda baik kan? Mana ada orang nak bagi hati kalau kita minta hati dia dengan jahat & sakit... Mestilah dia bagi bila dia suka & gembira dengan kita...
Mungkin jawapannya, kita cuba niat untuk berubah kepada yang lebih baik, bukan perubahan yang sementara yang niatnya untuk mengambil hati orang...tapi perubahan yang ikhlas, yang kekal.
Berubah kerana Allah, kerana perlunya kita menjadi orang yang terbaik amalannya, akhlaknya. Insha Allah.

Cakap pasal amik hati manusia ni... Samalah juga kita dengan "Tuan" kita.
Perlunya kita meng'ambil hati' Tuhan kita yang Esa untuk mendapatkan SyurgaNya yang telah dilengkapi dengan segala nikmatNya. wAaaa....
Tapi Masha Allah. Allah ni tersangatlah Maha Pemurah, Maha Pengasih.
Walau setak pedulinya kita pada Dia, Dia tetap bagi kemaafan.. Tak kira bila. Asalkan orang tu sudi 'meminta maaf'.
Aishh, kalau dengan manusia bila ada hajat, kemain lagi amik hati dengan buat baik dll... Kenapa tak dengan Allah?
Macam mana nak 'bodek' Allah?
----->> buat apa yang Dia suruh, n beriman.... Iman?? Dengan Allah, Malaikat, Kitab, Rasul, Qada' Qadar, Hari Pembalasan. Iman dengan tauhid Rububiyah, Uluhiyah dan Mulkiyah...

Firman Allah:
"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Hendaklah mereka itu memenuhi (perintah)Ku dan beriman kepadaKu, agar mereka memperoleh kebenaran". [[22:186]]

Allahua'lam..

.....................proses yang amat panjang perlu dipendekkan.....LOL
JiAYou!!!

No comments: