Apakah kaitan perkataan2 di atas?...
Semuanya saling berkait...yang ada kena mengena dengan Isra' Mikraj yang berlaku pada 27 Rejab...
Pada ketika Rasulullah terasa sedih kerana kehilangan isteri pertamanya, Siti Khadijah dan Bapa saudaranya yang setia menyokong, Abu Tolib...
Pada malam itu, Rasul dijalankan (Isra') menaiki burak dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa...Kemudian dinaikkan (mi'raj) ke Sidratul Muntaha...
Baginda mengimami solat jemaah para Nabi dan Rasul terdahulu, membuktikan keRasulnya...
Baginda diperlihatkan azab2 neraka...
Dan akhirnya baginda diperwajibkan dengan solat...
Solat sesuatu yang amat penting...Sehinggakan akhir hayat baginda, baginda mewasiatkan agar menjaga solat...
Astaghfirullah...Memuhasabah keadaan solat2ku yang dulu..
Sungguh aku ingin menjadi di kalangan org2 yang berjaya, dan bukannya yang gagal di sisi Allah... Bismillahirrahmanirrahim..
"Sungguh beruntung orang2 yang beriman,
(yaitu) orang2 yang khusyuk dalam solatnya,
Dan orang yang menjauhkan diri dari yang tidak berguna,
Dan orang yang menunaikan zakat,
Dan orang yang memelihara kemaluannya,
Kecuali terhadap isteri2 mereka atau hamba sahaya yang mereka miliki, maka sesungguhnya mereka tidak tercela,
Tetapi barang siapa yang mencari di balik itu, maka mereka itulah orang2 yang melampaui batas,
Dan orang yang memelihara amanat2 dan janjinya,
Serta orang yang memelihara solatnya.
Mereka itulah orang yang akan mewarisi, yang akan mewarisi Firdaus, Mereka kekal di dalamnya..."
Sodakallahul 'azim.. (Al-Mukminun: 1-11)
Ya Rasul...Sungguh engkau contoh tauladan yang paling sempurna...
Malu rasanya menyatakan cinta
Kepada dia kekasih Allah
Di dalam pujian ucapan selawat
Tanda penghargaan seorang umat..
Selagi upaya ku turuti ajarannya
Apa terdaya ku amalkan sunnahnya
Moga di dunia beroleh berkat
Di akhirat sana beroleh syafaat
Kerana peribadinya aku terpesona
Kerna budinya aku jatuh cinta
Rinduku padanya tiada terkata
Nantikanlah di Taman Syurga...
Sesungguhnya apa yang ku dambakan,
Adalah cinta Allah yang Esa,
Kerana cinta kepada Rasulullah
Bererti cinta kepada Allah...
[[3:31]] ---Allah berfirman yang bermaksud: Katakanlah, "Jika kamu mencintai Allah, ikutilah aku, nicaya Allah mencintaimu dan mengampuni dosa-dosamu."...

No comments:
Post a Comment