Boleh dikatakan semua manusia ada hasrat untuk berpasangan (a.k.a berkahwin)...Membina keluarga...mempunyai anak, lagi-lagi baby yang sgt comel :D...tapi, hanya sedikit yang memikirkan tanggungjawab mereka yang amat BESAR dan BERAT mendidik anak2 lebih dari sekadar memberi makan dan minum, memberi tempat tinggal, memberi didikan, menyediakn pakaian...Ada satu lagi tanggungjawab yg tertinggal dan selalu dilupai; di mana ibu bapa telah dipertanggungjawabkan dan akan dipersoalkan di Mahkamah Allah nanti.
Mari kita lihat ayat al-quran ini...... :)
Terjemahan: "Bukankah Aku ini Tuhan kamu? Mereka menjawab "Ya, kami menjadi saksi (Engkaulah Tuhan kami)"". (Al A’ raf: 172)
Ayat ni menunjukkan yang kita semua sebenarnya dah lama beriman pada Allah sejak dari dlm janin. TAPI kenapa sekarang iman tu dah pudar? Kita lupa dengan sumpah kita pada Allah.. Astaghfirullahal azim..
Semua yang Allah jadikan dan tetapkan ada tujuannya...Maha Suci Dia dari sebarang kekurangan.
Mari kita renungkan satu lagi hadis daripada Rasul kita yang tercinta a.k.a Nabi Muhammad s.a.w..
Rasulullah saw bersabda, maksudnya; “ Setiap bayi dilahirkan dalam keadaan fitrah. Kedua orang tuanyalah yang menjadikannya Yahudi, Nasrani, atau Majusi.” (Al-Bukhari)
Inilah tanggungjawab yang disebutkan tadi...Bayi sebenarnya adalah fitrah dan ibu bapalah yang bertanggungjawab memelihara anak2 mereka utk berada di dalam fitrah itu (Islam). Betapa berdosanya jika si ibu atau ayah tidak mendidik anak2 dgn ajaran Islam yang sebenar dan hakiki.
Rayuan si anak..
Wahai ibuku wahai ayahku
didiklah kami semua
ajarlah kami asuhlah kami mengenal Tuhan yang Esa
tuntunlah kami hidup akhirat yang lebih utama
sedarkanlah kami akan tipu daya dunia
Didiklah kami asuhlah kami dengan penuh kasih sayang
segala apa kesalahan kami dibetulkan dengan bijaksana
perkataan maki hamun jangan digunakan,
kerana ia menyalahi sunnah rasul mulia
tunjukkanlah kami dengan akhlak mulia,
agar mudah kami menyontohinya
jangan macam ketam yang berjalan bengkok,
ia mengajar anaknya berjalan lurus
Wahai ibuku wahai ayahku
Kasihanilah kami didiklah kami,
mengikut cara sunnah Nabi
Janganlah kami dididik secara Yahudi
kami akan rugi di dunia dan di akhirat
Kenalkanlah kami hidup dunia yang menipu
asuhilah kami cinta akhirat yang abadi
Akhirat utama dari dunia yang fana'
Dunia menipu merosakkan manusia
Itulah harapan kami kepada ayah dan ibu
Ayah ibu janganlah kau berkecil hati
Kami memohon ribuan ampun dan maaf padamu
Disertakan doa kesejahteraan
Kepadamu ayah dan ibu...
(Unic : Harapan pada Ayah Ibu)
Alhamdulillah wa syukru lillah....Ibu bapa yg Allah kurniakan padaku adalah yang terbaik...mereka telah mendidikku dengan sebaiknya...
Apa yang boleh diingat akan ku contohi kelak....
1) Sejak kecil mereka tidak membenarkan mendengar music selain Al-Quran / nasyid. Memang, music2 dari Barat melalaikan dan menghitamkan hati. I can tell this because I've felt the differences.
2) Mereka mengajarkan Al-Quran sendiri. Ibuku guru mengajiku. Hafalan Al-Quran mula dari umur 4/5?
3) Bed time story or journey time story (in the car)....Cerita2 pengajaran dari Al-Quran...Isu2 semasa ISLAM... Kamal Al-Tartuk, i knew about him since 6 years old (approximately).
Well...those are the most obvious things...tapi banyak lagi yang abang dan kakakku telah lalui...dulu tak hargai, tapi sekarang baru rasa betapa mereka sayang pada kami...:). Walaupun tak merasakan kesenangan dunyawi, tapi ukhrawi yang diutamakan...Moga kami dapat membina Baitul Muslim yang soleh dan musleh agar mereka (ibu bapa kami) serta ayah ibu mereka, datuk nenek mereka, nenek moyang mereka mendapat pahala...
Allahuma aghfirlana zunubana wa waalidayna warhamhuma kama rabbayana sighoro...Ya Allah ampunilah dosa kami dan ibu bapa kami serta rahmatilah mereka sepertimana mereka mengasihani kami sewaktu kecil kami....AMEEN...
So, kalau nak anak2 doakan kita....Kita mestilah didik mereka dengan betul.. supaya mereka cintakan AKHIRAT yang lebih utama dan memikirkan keadaan kita selepas mati.
Doa pun tak menjadi kalau kita tak berusaha...Nak kan anak soleh? Make them soleh!
Saturday, April 12, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment